lama aku duduk bersila atas bumbung kondo mewah tu, dah 2 jam rasanya. kondo tu tinggi betul, 30 tingkat kalau tak silap. dari tadi aku pandang. segalanya kecil di sana, segalanya dalam genggaman. fragil yg amat.
aku capai satu,
honda insight putih milik amoi tingkat 12. aku tolak ke depan, tarik ke belakang, terbalikkan, penyekkan dan lempar ke sebalik bukit cahaya pelbagai.
aku ambil satu,
menara jagung sepasang yang aku baringkan. seolah bersayap, ia mengingkari graviti. kononnya bebas lepas di langit walhal terhad pada capaian tangan sahaja. ke kiri, ke kanan dan akhirnya dicacak terbalik ke tanah.
ah kaki kebas. aku tepuk kaki; tindakan yang serta merta menyentap otot muka. pantas dan mujarab. setelah ribut mereda, perasaan bosan pun say hi. aku berdiri lalu melangkah ke depan.
satu langkah, dua, tiga dan seterusnya (kalau ada).
2 comments:
aii~..duduk termenung di atas bmbung, last2 mlngkah k dpan tbe2 nih,nk wat KB mall sucidal scene part 2 plak kew? 8D
mungkin ye mungkin tak. atau mungkin aku sudah bosan tgk semua kecik2, so nk turun bawahla layan saiz ori hehe
Post a Comment