Nov 20, 2012

perihal benda2 hidup dan etcetera [bahagian kepala]


dia masih mendakap erat kakinya yang berstokin belang ungu-hijau separas lutut yang berlubang di buku lali, menyembunyikan parut panjang pada betis kiri. fokusnya tertancap pada suatu entiti terbang di langit yang tampak seperti santa klaus di atas sled yang ditarik oleh rudolf yang sudah uzur. sudah berminggu dia di sudut itu; stoik dan misteri. sudut yang telah dikencingnya pada 4 penjuru.

aku, separuh menjerit, berkata dari jauh. bagi aku 5 tahun, akan aku sampai juga padamu. maka aku pun membina sebuah lebuhraya; dari tempat aku duduk ini, terus ke tengkoraknya. tapi perjalanan ke tengkorak hanyalah satu introduksi, satu muncung kecil pada aisberg cuma. masalah sebenar aku bermula sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke situ. kerna untuk ke hatinya terlebih dahulu aku perlu melepasi otaknya.

ada kata laluan. aku tanya dia, apa kata laluannya. dia kata, kata laluannya ada dalam kepalamu sayang. maka aku pun berpatah balik, menggunakan lebuhraya yang sama. aneh, ada dinding baja depan mata, tadi tiada pun.

aku, separuh menjerit, berkata dari jauh. bagi aku masa 10 tahun, akan aku pecahkan dinding ini dengan tangan kosongku dan mendapatkan kata laluannya. tidaklah aku tahu selepas dinding baja aku perlu pula menggagau dalam ruang hitam obskur yang infinit (yang juga tidak ujud sebelum ni). yang itu aku bakal perlukan 150 tahun lagi, paling kurang. namun aku tak tahu itu, jadi aku pohon tolonglah jangan beritahu.

8 comments:

bukankosong said...

dasyat

penuh makna

klohv said...

lambat laun kena bgtahu jugak ni...haha

aku rasa ia taklah seteruk mana.



p/s:semalam aku baru tahu beberapa situasi yg selama ni aku taknak amik tahu.

ahmad said...

bukankosong - salah satu cara untuk nampak intellijen ialah menghasilkan sesuatu yang ambigus, terbuka pada interpretasi. tapi itu mengelat. yang paling penting pabila orang tanya, kau akan ada sesuatu untuk diterangkan hahaha

clove - hai clove. boleh tahan juga teruknya

situasi apa?

ahmad said...

bukankosong - tapi kadangkala total gibberish (baca:tak ada apa2 makna) pun ialah satu kejeniusan

klohv said...

situasi apa?

aku baru nak draft.

ahmad said...

situasi ini :

p/s:semalam aku baru tahu beberapa situasi yg selama ni aku taknak amik tahu.

klohv said...

yelar,itulah jawapannya,aku tgh draft cerita tuh,kan kau tanya situasi apa.

nash-run...nash-run...suka tau blur blur.

haha.

ahmad said...

hahaha apa boleh buat
sembang kat sini takde boleh buat mimik dan ekspresi muka, jadi mesejnya susah nak sampai

tapi aku syak aku mmg blur dari dulu pun hahahha