Feb 1, 2013

tentang kepunggungan

saya bangun pagi tadi muka saya dah tiada.mata, hidung, telinga, tulang pipi; semuanya telah digantikan oleh sepasang lemak membonjol yang dipanggil bontot, dan mulut saya jadi lubangnya (saya juga amat pasti otak saya sudah digantikan dengan usus besar). apa sahaja yang saya cakap, yang keluarnya hanyalah tahi. kawan saya hanya ternganga (jangan tanya bagaimana saya boleh tahu sedangkan privilej melihat itu sudah ditarik dari saya). mereka nak gelakkan saya tapi saya tahu mereka masih punya belas. mereka kawan yang baik. akhirnya saya yang gelakkan diri sendiri kerana saya sedar saya ialah sepasang jubur sedari dulu lagi. walaupun yang keluar hanyalah bunyi kentut saya yakinkan anda bahawa saya memang sedang ketawa. hingar di keliling saya hilang berdikit-dikit, dan akhirnya lenyap sama sekali.

1 comment:

Amalina said...

tajuknya seperti kau cuba bersopan disebalik segala kejijikan, ia buat aku rasa macam 'saya' itu benar-benar tidak meminta semua itu berlaku keatasnya tapi dia cuba redha.berbanding kalau tajuknya tentang kejuburan, ia seperti ketidakredhaan 'saya'terhadap apa yang berlaku.