Mar 22, 2013

melarikan (diri)

maka lelaki2 dan perempuan2 monoton itu pun meninggalkan kehidupan banal di papan tanda Tandas dan mula memanjangkan perbualan dengan yang dibenci, bertengkar dengan yang disayangi, berkopulasi, makan burger dengan sos tomato tanpa pikel, juga berlari beriringan bersama si dia di papan tanda Keluar. tak kisahlah, yang penting mereka yang mahu berbuat demikian. enggan lagi tubuh langsing mereka dieksploitasi tanpa rela, dijarah tanpa diskriminasi warna kulit oleh mata-mata (picing, bulat, tulus, keranjang) yang sedang mencari. meninggalkan kita semua dengan kerumitan dan kekeliruan, pilihan 50/50 yang kerapkali juga diiringi tempikan. sivilisasi, yang bakal runtuh.

5 comments:

Amalina said...

beratnya nak hadam, boleh sembelit otak aku.

Muaz said...

Sebab kau tak dapat tonton Django Unchained di Kuantan.

ahmad said...

amalina - sembelit otak, sembelit ori, tak ada bezanya haha

abam muaz - entahnya, koman betul kuantan

mirachantek said...

apa itu dijarah?

ahmad said...

ini

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jarah