siang dia pengarah kreatif syarikat pengiklanan sambil2 sekali-sekala kaki bermodel iklan kasut power. menjadi pemuas haloba syaitan konsumerisme yang tak pernah puas, keluhnya saban hari.
malam dia bergumbira menjadi squidgirl, hibrid sotong-manusia (baca:gadis sunti dengan 2 tangan diganti 8 tentakel, 4 kanan 4 kiri, dan menyembur dakwat hitam bila perlu) yang menyelami lautan seantero benua; mensabotaj kapal jepun penyembelih paus dan kapal tangki sang saudagar multi-nasional.
tetapi desakan hidup di metropolitan telah memaksa wirawati pujaan bekerja hingga lewat dan menyebabkannya sering ponteng bersuperhero. malah kostumnya yang penuh tompokan minyak dan dakwat, kostum yang konon2 mahu dihantar ke cucian kering itu, dari minggu lepas dah terperuk mereput dalam baldi.
siri ini berakhir secara pra-matang selepas 8 episod.
No comments:
Post a Comment