Jan 21, 2011

semalam

sesudah merentasi gurun tar yang dipenuhi patung dewa gergasi (yang saya agak faham tujuannya) juga monumen manusia gergasi (yang saya tidak pasti untuk apa) saya dipenyek ke dalam tin sardin berkuahkan drama. selepas dua azan dan beberapa episod drama, tin akhirnya dibuka oleh seorang pelanggan bertuah. saya pun keluar tetapi di tengah2 kekalutan itu kaki saya tertanggal. saya abaikan kerana saya sangat lapar. saya mahu makan spicy chicken mcdeluxe. sesudah makan mekd belakang saya tumbuh sayap. (rasanya) tak rugi saya tinggalkan kaki tadi.

No comments: