Mar 8, 2011

bagaimana anda menghadapi keperitan

mafi pasrah. jarak antara serangan sudah semakin singkat, menghentam tubuh yang makin lesu. bagaikan  beribu2 tangan kecil telah tumbuh di dalam sana dan menusuknya bertalu2 dengan pisau tumpul bergerigi. setiap rentetan tusukan masuk dan keluar, ada satu bahagian kecil dalam kepalanya berkecai.

pencarian penawar hanya bertemu jalan buntu. hati mafi keluh kesah. pengakhiran ini sangat menakutkan. tanpa disedari air matanya bergenang lalu dengan sedaya upaya dia bertahan. janganlah mengalir. dia tidak serupa mereka yang lain. dia tidak akan kecundang dengan sekodi ini. serangan lagi. dahi mafi berkerut menahan perit, kali ini dia hampir tumbang.

dan lagi.

dan lagi.

dan lagi.

dan sudah tiba masanya.

ini adalah nekad yang muktamad. pintu yang dibuka dan nun di bawah sana. perjalanan yang sangat jauh untuk penamat sedetik cuma. splat! macam tu saja. nafas ditarik panjang berserta langkahan pertama ke oblivion. kedua? ketiga? aneh. dia tidaklah jatuh seperti yang dijangka. hanya terawang2, menolak hukum graviti. bagaikan bersayap tapi tidak terbang juga. kepak statik yang hanya mengikut perintah sang diktator tidak berbentuk. mafi sudah dalam trance, melayang dan melayan.

oh bertemu pintu lain, dengan tombol keemasan. lantas tangan disua dan daun pintu diselak.

mahu tahu apa di sebalik pintu? kuntuman melebar berserta jejeh air mata mafi menjadi pengesah, rasanya ada juga pelangi di belakang sebagai prop ekstra; 7 warna gemilang dalam definisi tinggi lagi.

deus ex machina sudah di depan mata. salvation!!! salvation!!! mahu saja dia melompat kegembiraan tapi sebelum itu apa yang perlu ditutup mestilah ditutup. apa yang perlu dibuka haruslah dibuka, menghambat yang tertangguh dan tersangkut. satu tuil ditarik, merembeskan segerombolan yang menyucikan segala. begitulah seadanya.

No comments: