Mar 14, 2011

piji bukan saya

ini bukan kisah percintaan tragis, malah bukan kisah percintaan pun.

piji sukakan gadis tol, lagi2 yang suka senyum. bukan senang tau nak senyum sepanjang masa, siang serta malam, panas mahupun ribut, lagi2 kepada orang asing. 2 minggu lalu piji membuat satu nota; 'awak, saya rasa saya suka kat awak. ayuh kita' yang akan difotokopi banyak2 dan akan diberikan sekeping kepada setiap gadis tol yang diminatinya (yang tidak bercincin, untuk masa depan yang lebih cerah) semasa membayar tol. minggu pertama saja sudah 13 keping nota itu bertukar tangan, malangnya tiada susulan daripada si gadis. tapi piji tetap gigih berusaha, hinggalah ke hari ini, tetap dengan hasil yang sama.

2 comments:

makwe joni said...

masa piji bagi nota tu, piji senyum?

ahmad said...

piji bgtau aku dia dh snyum smpai ke telinga. baca nota tu betul2. apa yg kurang hehe