Jan 9, 2012

latifah

latifah omar, perempuan miniatur yang menjengkelkan itu (versi tanpa proboskis kerana versi berproboskis ialah versi latifah omar dimensi paralel) sedang berada di depan aku. dia baru sahaja lolos daripada penjara/muzium sekuriti maksimum. dia merahsiakan detel pelepasannya tapi dia ada menyebut tentang kepakaran espionajnya. dia bilang kehidupan dalam penjara telah mengentalkannya, luar dan dalam. aku setuju kerana aku nampak dia sudah berjambang - ke itu sebenarnya cemaran air kumbahan, aku kurang pasti. tidak berapa lama selepas itu latifah omar menukar namanya kepada latif borgiba. dia kata dia masih lagi perempuan yang feminin, namun dia perlukan kemaskulinan nama seorang lelaki. aku tak berapa nak faham maksudnya. yang aku faham esoknya latif borgiba telah aku tangkap sedang berkopulasi dengan figura gi joe adik aku. apabila ditukar nama bunyinya agak kotor dan lebih eksplisit bukan. oh, episod kopulasi itu tidak pernah berlaku sebenarnya. ia hanyalah satu eksegerasi.

latifah omar sudah lupa perihal gigi-gigi aku yang dipinjamnya.

25 comments:

makwe joni said...

latifah omar lagi?

ok. hai latif borgiba

ahmad said...

hai juga, kata latif borgiba dgn suara yang dibuat2 parau

makwe joni said...

latif borgiba lama dah tak nampak di kaca televisyen

Wadi AR said...

beliau pinjam gigi kau? rongak kah?

ahmad said...

masitah - tulah. aku hanya ingat dia dalam pendekar semutar hitam

wadiyah - ini adalah sikuel. sila rujuk cerita2 latifah omar sebelum ini hehe

makwe joni said...

aku sangat suka latif borgiba itu.

ahmad said...

aku akan suka apabila dia jadi mahaguru silat yang power

haha

makwe joni said...

aku suka dia jadik bapak bapak yang kasihan

ahmad said...

aku tak suka sebab dia mmg muka kesian so tidak mencabar lakonan dia. kalau nasir bilal khan jadi bapak yang kasihan aku akan sapot

makwe joni said...

eh? muka kesian?


*yaahh..sesi berborak*

ahmad said...

YES!
muka kesian

makwe joni said...

tapi muka nasir bilal khan lagi kasihan

ahmad said...

tak
nasir bilal khan ialah muka perogol anak

hanaahmad said...

okay, nampaknya gua kena baca cerita yang sebelumnya.

hai najwa latif! eh?

Päk Läng said...

nasir bilal khan adalah power membawa wataknya dan latip borgiba pula handal bersilat dan aku jelek dgn rosnah mat arif yg dah mcm lupa diri

ahmad said...

hana - bapak najwa latif barangkali haha

pak lang - walaupun aku jelek juga dgn rosnah mat aris, aku masih mengagumi kepoweran watak jahat dia. dia dan elie suriati

klohv said...

acapkali (atau hampir setiap drama) seniman bernama latif borgiba ini memakai hanya pagoda putih utk apa jua watak yg dipegangnya.

dan aku setuju dgn kau,nasir bilal khan amat sesuai dgn watak penjenayah seksual.bahkan,mak aku juga alergik dgn lenggok percakapan beliau.

apa2 pon,ed osmera dan kuswadinata ialah pojaan hati saya di samping aziz singah.

makwe joni said...

sesungguhnya muka penggali kubur sahaja yang tersemat di kepala aku bila sebut nasir bilal khan. makanya itu sangat kasihan


tapi rosnah lah ni, selalu jadi baek kan?

ahmad said...

klohv - ed osmera! nama dia pun dah kool so takleh cakap pe dah la. aziz singah selalu sgt berlakon drama usop haslam so aku tak suka haha

makwe - yg selalu jadi baik dan mak yg teraniaya itu wan maimunah. rosnah sentiasa merujuk kepada kejahatan total

makwe joni said...

jangan lupa paujiah nawi. tapi paujiah nawi selalu dengan rochangnor saja

memanglah, tapi bila dah tua tua ni orang dah mula tarik dia ke watak kasihan jugak

ahmad said...

paujiah nawi, rochang, dan pengarah rashid sibir

yeke
aku tgk dia selalu jadi jahat je

H Y D E said...

latif borgiba? lama tak dengar nama lejen ni. keh keh keh.

ahmad said...

haha tulah

± said...

ada lagi rupanya sambungan latifah omar. aku gelak baca part berkopulasi dgn gi joe. lattif borgiba hanya jelmaan bukan? asal2nya tetap latifah omar, jadi walaupun eksplisit ia tetap kembali kepada fitrah..haha

ahmad said...

haha
latif borgiba itu hanya pada nama saja