Jan 12, 2012
separa separa
seorang lelaki yang tidak dikenali telah menelefon melalui telefon kawan aku yang seorang itu. pada mulanya dia (yang aku rasa bekas teman lelaki kawan aku itu) hendak memberitahu namanya, kemudian dia hesitet dan hanya mengatakan dia seorang kawan - yang kadang-kadang bertukar kepada seorang famili. dia berkata (95persen perbualannya ialah dalam bahasa inggeris) kawan aku itu sedang sakit, jadi eloklah kiranya aku tidak menghubungi (baca : mengganggu) kawan aku itu 'buat masa sekarang' (yang aku intepret sebagai : sampai bila-bila) dan jika kawan aku yang kontek pun aku diminta tidak melayan. kemudian dia ulang benda yang sama sambil sekali-sekala diselitkan dengan permohonan maaf. kau tahu apa yang aku kata sepanjang perbualan itu? dalam pengaruh flabbergasted aku hanya ber 'oh', ber 'ok' dan ber 'takpelah' sahaja. ternyata selepas itu barulah aku nampak ikan-ikan telah meloncat ke darat dan mula berkata-kata dan bersenggama sesama mereka. err, ikan-ikan itu hanyalah prop, tiada kena mengena dengan aku pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
ikan di lautttt~~~
asam di darat~~~~~
[sambil buat tangan yang wave tu]
Hurm, aku harap aku tak faham isi entri ni.
ade kene mengena jugak. tukang tulis cerita syun
mira - KAH KAH KAH.
mermaid! (tiba2)
luc - tapi malangnya kau faham
wadi - sebab tulah tajuknya separa-separa
sepatutnya ikan-ikan tu jadi watak utama,bukan pak pacak saja :-)
harapnya 'aku' ok2 saja.
aku tak mau bayangkan kawan kau yang sakit itu buat dengan lelaki yang tipon kau tuh.nada serius yang cemburu.
Yup, payahkan, apabila kita tidak faham, kita nampak bahagian lain dan bersenang-senang., tapi, apabila kita faham, ianya terlayar terus, tepat-tepat. Kita cuba selak kain display screen, mana tau ada cerita lain disebaliknya, tidak, yang menentukan ceritanya adalah pemain skrol filem di tingkat atas, sayup-sayup cahaya dalam ruang bilik yang gelap.
clove - ini ialah 70% fikshen, namun begitu semoga dia ok juga
ophan - huh! kau telah membuka satu pintu yang lain haha
luc - itulah. tepat kena kat dahi sendiri huhu.
sebenarnya aku juga berharap ada cerita lain yang terselit kat mana2
kalau kepala penuh, mungkin ada pelbagai lg cerita lain yg terselit
oh. ok. takpelah.
paklang - tak habih2
jen - mende mu
aku kelihatan stedi bila ber oh. ok. takpelah.
kah kah kah
rokstedi jen
kakrude guna bahasa pujangga org2 yg baca sajak atas stage tu aberun...kau kena paham
huh
stok retis
ni buat gua bengang ni
pesen baru retis sikit dah tak sedar diri
dua dua mintak kena sumpah
yeah!
aku yg aku maksudkan ialah aku dalam cherita lah ...haipppp
retis
Post a Comment