housmet aku yang pertama setelah mendapat kerja menjarah kederat dengan gaji minima ini ialah seorang asasin androjinus anonimus yang tidak berkemaluan. kelangkangnya hanyalah satu permukaan rata seperti kelangkang manekin. bagaimana aku boleh tahu? entah kenapa dia memang tidak pernah berseluar ketika di rumah. 2 minggu pertama aku macam 'isk' juga, risau kalau pemandangan itu boleh membawa ke tidur dan perut. tapi lama kelamaan mimpi ngeri dan muntah hijau tak juga muncul-muncul, maka aku malas dah nak kisah. bagaimana dia kencing? entah, tidak pernah pula aku ikut dia masuk jamban.
housmet aku itu, dia terlalu kacak untuk jadi perempuan tapi terlalu lawa untuk jadi lelaki. pergerakannya ialah satu flow yang berterusan tanpa ujud sekelumit pun istilah kekok - serius macam penari balet - walaupun ketika terkena air panas mahupun terjatuh kerana tersepak bucu tangga. gesturnya seolah-olah telah diantisipet dan dikoreograf sedari lahir. aku berani jamin kalau dia diupah menamatkan riwayat kau, kau tidak akan sedar apa pun. tahu-tahu saja kau sudah disoal perihal identiti tuhan kau.
aku betul-betul harap dalam egrimen seorang asasin ada menyebut housmet tidak boleh dibunuh sebab aku yakin kalau dia mahu atau sudah dibayar oleh bekas teman lelaki teman tapi mesra aku, dengan seutas megi pun nyawa aku boleh melayang. ke aku sudah pun mati?
20 comments:
ish. kuat jugak ko mengusya
usha mendenya cikgu
aku tgh paham cerita kau ni syun
tak payah faham pun takpe. anggap saja ia hiburan bobrok di kala cuti haha
bobrok tu ape pule. wuwu
bobrok itu binasa. eh aku silap, patutnya hiburan membobrokkan haha
aku kene berguru dgn kau ni syun pasal bahasa bahasa nusantara
haha takde maknanya. kau nak tahu rahsianya? rajin2lah godek kamus, lagi lama lagi bagus. kalu tiada kamus silalah ke sini http://prpm.dbp.gov.my/
'lama' itu juga merujuk pada edisi kamus itu
aku harap kau tak bangun pagi dengan berubah jadi GAY.
kalo ada rezeki nanti aku singgah kemaman..
long live kawan..hahaha
aku nak komen pasal entri tapi aku komen pasal komen dulu.
dah lama aku tak dgr bobrok tu.
aku cuba nak menelan isi kau yg sungguh mendalam.
bunuh saja, lupakan soal manusia..
kah2
'kerana seutas megi" kahkah
duduk rumah sewa, mcm2 boleh jd aberun...jaga2
ophan - walaupun peratusan untuk ke gay itu sangatlah jauh (dan aku yakin dia bukan gay atau straight sebab dia asexual) tapi aku semogakan juga harapan kau itu haha
koq - bosang weh kemamang. takde bende
malekat kelemasan - jgn anggap ia deep kerana maksudnya ialah seliteral yang kau baca hehe
anas - aku tak rasa ia manusia
paklang - itulah. dah dekat 2 tahun aku meninggalkan dunia rumah sewa
bosan la sebab bukan dunia kau kat situ..
dunia semua sama je, cuma destinasi kita saja berlainan. ewahh haha
boleh minta dia bunuh aku juga? ke aku sudah pun mati?
tak, tak boleh
tak, kau masih belum mati
Post a Comment