"Mati nanti dermalah paru-paru aku ke JKR, mungkin lepas tu mereka boleh buat jalan tar yang elok sikit."ujar Leman sendiri sejurus sebelum rusuk usangnya ranap dihenyak sisi trotel kapcainya yang melanggar lubang sekaki dalam. Rokok Benson yang ke 253,921 (dan yang terakhir) masih diapit kemas jari yang kanan.
Terbaring tidak ber-roh di sisi jalan, sisi dada Leman sedang mengalir cecair likat berwarna hitam berasap yang dikatakan orang lalu lalang tampak seperti pelangi monowarna beraroma epal hijau terapeutik (ada juga kata rasanya semanis madu), dan telah meratakan jalan raya yang canggung, dari Tanjung Piai hinggalah ke Padang Besar, menyuap harapan kepada penduduk kampung Leman yang mahu pulang beraya dengan mobil Wira-Evo yang sudah siap-siaga direndahkan.
Diangkat sebagai hero, segenap macam -sters tidak lupa menyelit ayat-ayat filosofik Leman dalam setiap 10 patah perkataan. Poster-poster vintaj Leman dengan Bensonnya pula wajib tertancap kemas pada dinding bilik.
Namun tatkala pemerintah telah join benwegon Leman malah dengan pantas mengisytiharkan cuti peristiwa saban tahun pada hari kematian Leman, para -sters berdikit-dikit menganggap Leman sudah lapuk, sudah sell-out.
Hari ini genap 5 tahun kematian Leman. Dan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, rakyat tua muda telah diarahkan supaya menghisap Benson sebagai ritual menghormati Leman yang telah memastikan mereka yang berperut buncit itu mengekalkan kerajaan buat sekurang-kurangnya sepenggal lagi.
15 comments:
Dirgahayu Tuanku!
sedang eloklah kiranya nak pilihan raya ini bekalan benson disamaratakan ke sarawak & sabah juga.
rokok membahayakan kesihatan dan jugak kewangan. sekian..
sepenggal aje lagi? sikit sangat tu masanya
kau perot buncit tak?
takziah leman
fiq - sila usulkan pendapat itu dalam bentuk surat pekeliling kepada makhluk berperut buncit di atas sana
koq - memang, tapi sedap haha
mira - bolehlah tu buat sementara ni. untuk penggal seterusnya kita tgk mirekel apa yg pula yg akan menyusul
cikgu wadi - haih, soalanmu ini sungguhlah...
macy days parade - bolehlah sekiranya mahu hadiahkan al-fatihah kepadanya
aku syak yg leman adalah seorang skinhead
marilah menghisap benson sempena kematian leman yang bersejarah.
lang - kau silap lang. leman kpop
angel - mari2 (walaupun aku tak suka)
kpop mana hisap benson woi, kpop hisap teloq tau lah...kahkah...oh, soriiii
astaga
mengucap lang mengucap
haha
maaf, sy cuma boleh terima kpop tu sbg 'typo' semata
mengikut genetik,mmg lelaki melayu ramai yg hodoh berbanding bangsa kpop.
kahkahkah
tulah, tu baru separuh muka, yang lebih dia tutup dgn rambut je
kesian Leman.
Post a Comment