Jun 21, 2012
ah..
malam itu latifah omar, perempuan miniatur yang berproboskis muncul bertenggek lagi di tepi mimpi saya. nampaknya dia sedang menggosok2 proboskisnya dengan tangannya yang disapu thinner. kemudian dia menebuk 7 lubang di sepanjang proboskis itu. saya yang kehairanan cuba bertanya namun suara saya terhalang oleh dinding vakum yang tercipta antara kami berdua. dia sudah mula mengembungkan pipi sambil jemarinya menekan lubang2 pada proboskisnya itu. mula2 klef trebel keluar dari penghujung proboskisnya, disusuli dengan pertukaran antara simbol minim, krochet, quaver, semi-quaver dan bermacam lagi simbol yang tak sempat saya pelajari semasa matapelajaran musik sekolah rendah dahulu dengan cikgu yang bernama david. simbol2 itu bergentayangan ke sana ke mari, nampaknya sedang berusaha untuk memecahkan dinding vakum yang memisahkan saya dan latifah omar. sebelum sempat saya gerun, simbol2 itu sudah berjaya lolos dan mengiang2 di telinga saya dalam melodi lagu november rain versi dubstep. ketika saya sedang asyik mengibas2kan telinga saya yang bertelanjang itu, proboskis latifah omar yang ternganga luas sudah muncul depan saya. ah sial, bila masa ia jadi sebesar itu? baris demi baris gigi taring yang tidak berpenghujung sudah bersedia untuk mengisar kepala saya. saya hilang kepala dalam mimpi itu. harapnya saya bangun nanti dengan kepala yang masih intek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
baru hilang kepala je
kepala ada banyak jenis. boleh hilang keupayaan untuk berfikir, berjalan dan err itu je lah rasanya
kepala hilang takpe, jangan hilang akal je
intek.
aku ambil masa 3 saat untuk proses apa itu intek.
rupanya intact. kan.
dan boleh hilang keyakikan diri serta merasakan diri adalah lelaki paling loser di dunia
"jaga baik baik kepala kamu"
pesan lelaki tua berjanggut panjang sampai ke buku lali, dalam mimpi 'saya' yang kedua ketika sudah pengsan kerana ketakutan di dalam mimpi bertemu latifah omar yang pertama tadi
adakah ia mimpi lusid? semoga kepala masih intek walaupun sebelah telinga mungkin akan hilang dikunyah oleh gigi taring latifah omar yg tak berpenghujung
muhsin - malangnya apabila kita kehilangan kepala tatkala itulah kita akan kehilangan akal
mira - ah, 3 saat? lambatnya kamu. selalu kamu pantas sahaja. adakah aura percintaan sedang membelenggu kaki kanan kamu hahaha
lang - keyakikan haha. jaga baik2 kepala kamu lang
hanip - mimpi aku tidak pernah lusid. telinga hilang mungkin kerana dibagi loan kepada makwe2 yang terputus cinta haha
bukan. aku demam itu hari
ah nasib baik
Post a Comment