Jun 26, 2012
J, ini untuk kau
saya mengenali J semasa saya sedang menggagahi sebeban burger kambing di atas sebuah pangkin kayu. kecewanya saya kerana burger kambing yang saya makan itu langsung tiada rasa kambing. yang dapat lidah saya amati hanyalah perisa klise burger daging yang berwarna lebih kehitaman dengan sedikit lencongan rasa dari biasa. saya dapat tahu J ialah seorang/seekor panda albino jadian. apabila saya merenung matanya, dua anak panah yang sedang terbakar sedang dilancarkan daripadanya. panahan berkembar itu menembusi mata saya dan membahamnya dengan nyalaan merah tua dengan sedikit calit hitam. pandangan saya menjadi gelap-segelapnya, kecuali satu imej yang saya yakin sudah tercetak secara permenennya, iaitu sesusuk jasad berbulu putih yang sedang makan tebu, atau buluh. saya tidak dapat pastikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
ah,cemburunya aku.
bila nak buat cerita Q pulak ni? Grrr :\
J itu boleh juga ditukar pada Q, atau L hehe
Panda bukanlah dari spesis beruang.
ah yeke
habis tu
panda adalah sejenis.... err... errr....
okay.
panda adalah seperti tapir. walaupun lain2 keturunan.
Hai J, boleh berkenalan?
mira - ye ye je kau ni
koq - hai, jawab J. maaf, dia tidak menjawab soalan
panda panda.
saya rasa itu burger daging panda...
bersetuju dengan mira.
champ - haha semoga tidak
amalia - betul ke fakta tu
ah, lelaki romantikalasofa sejati terakhir yang berkepala awan
kambing itu kambing dan panda itu panda...kambing bukan panda dan panda bukan kambing...tapi kedua duanya bisa jadi daging bege
ada burger tebu tak?
apa mungkin wujud beruang kutub di ladang tebu ? utk mencuri beger ? soalan ini tak perlu jwpn yg logika sprti entry ini juga .kui3
lang - nasi arab pun best juga haha
cangkul - kalau burger tebu itu ujud, mungkinkah burgernya hanya boleh dihisap, bukan dikunyah dan ditelan?
klanika - beruang kutub agak kecil kemungkinannya, tapi beruang panda ada mungkinnya, sebab panda suka makan buluh dan aku sangatlah yakin tebu tu dalam keluarga buluh juga
dan apabila merujuk pada komen cangkul di atas, iaitu persoalan pada kewujudan burger tebu, mmg lojiklah kalau burger tebu mahu dicuri oleh beruang panda
aku rasalah haha
Post a Comment