Jul 7, 2012

ah, ini tajuknya

memang benar. kepalanya telah keluar dari bantal peluk kesayangan saya.

kepala. dia. A.

hujung sarung bantal peluk yang dicerut dengan tali kemudian diikat reben itu, tampaknya macam lubang anus. dan pada satu pagi ramdhan kepala A keluar dari situ, berdikit-dikit. saya membayangkan bantal peluk saya itu meneran. dan meneran. namun proses kelahiran itu tidaklah komplit kerana bahu A yang sedikit lebar itu tersangkut, tidak lepas mahu keluar.

bantal peluk saya sekarang sudah berkepala maknusia. jasad selebihnya tidak syak lagi masih mengekalkan autensiti bantal peluk, cuma ia berkepala. geraknya mengengsot, macam ulat bulu, meninggalkan jejak2 pus yang berbau sedikit hanyir.

saban detik ia mengekor saya, dari kemuncak terkudus pergunungan olympus hinggalah ke dasar lohong terkeji hades. asal saja saya terniat untuk meninggalkannya, A akan bertempik. bunyinya macam kendi pemanas air yang bertempik itu, ganda 5. sangat menjengkelkan.


hari ini ialah hari ke 38 kami tidur berpelukan bersama. apakan daya, saya sayang bantal peluk saya.

teman wanita saya marah2. jangan marah, saya kata. kerana tiap kali saya tidur saya akan terbalikkan bantal peluk itu, membiarkan kepala A mencium kaki saya.

saya harap teman wanita saya itu tidak marah2 lagi.

19 comments:

Zehan Ilyana said...

berkali-kali saya baca...
tapi, saya masih tidak faham..:(

ahmad said...

satu yang kamu perlu tahu, cerita saya kebanyakannya ialah nonsensical gibberish. so dont be so hard on yourself :)

cuma bayangkan katakanlah pada satu hari bantal peluk kesayangan kamu tumbuh kepala, kepala 'dia'.dan dia mengengsot mengikuti kamu ke mana saja. apakah yang akan kamu beritahu pada teman kamu yang cemburu?

klohv said...

teringat bantal peluk aku yg belum apa-apa sudah bergolek ke lantai.peluk bantal empatsegi lagi best.

macam tak elok saja letak kepala kat kaki.

ahmad said...

bantal peluk mmg senang bergolek ke lantai, sebab itulah aku selalu tidur dengan ekstra bantal, supaya proses pertukaran bantal peluk itu tak berapa nak renyah

haa, memang tak elok pun haha

hanaahmad said...

aku orang yang suka tidur dikelilingi banyak bantal. terasa selamat dan nyaman. ewah.

ahmad said...

nampak sgt pengaruh kekultusan di situ

Wadi AR said...

ke kau kuat tidur ni

ahmad said...

salah, aku orang yang penuh kasih sayang

mirachantek said...

aku....sedang loya2 nih.
nampak perkataan pus itu tadi aku sudah ......


ew.

Qiez AR said...

I say you should let your teman wanita handle that makhluk aneh.

kau pasti ke kau sayang bantal peluk kau itu? ke kau kasihan?

ahmad said...

hahaha
itu pun boleh loya ke

ahmad said...

qiez - mmg sayanglah hehe. cik teman wanita, u just handle the head, but leave out the bantal peluk ok

Qiez AR said...

pesen sayang bantal peluk lebih dari teman wanita ni yang aku tak gemar ni.


*cracking knuckles*

ahmad said...

elok2, jangan sampai terpeleot jari tu

Päk Läng said...

dah hampir dua bulan aku tak peluk bantal peluk (baca : tak balik kampung)

cerita ini agak mengganggu emosi aku

ahmad said...

paklang - aku bersimpati dgnmu kawan *tepuk2 bahu

Anonymous said...

teman wanita vs. bantal peluk

Anonymous said...

*setelah beberapa bulan tak mari ke sini. fuh. gila ah. makin komplikated.

ahmad said...

terima kaseh kerana kembali hehe