pada ramdhan kedua tempoh hari, saya ditegur oleh sebuah kamera polaroid yang berwarna ceria. kata polaroid itu dalam bahasa hopelandic (saya kena faham kerana itu ialah keperluan cerita), kutiplah dia kerana dia ialah reinkarnasi kepada cinta. saya tanya dia, bila cinta mati. 11 minit 42 saat yang lepas, jawabnya setelah membuat beberapa kalkulasi ringkas. kenapa polaroid, soal saya lagi. sebab kami insten. jawapan yang aku segera balas dengan ohh yang berdurasi 3 saat.
polaroid sambung lagi. sudah destini saya untuk ditemukan dengannya, maka sudah jatuhlah hukum wajib ke atas saya untuk menjadi cupid sepet bercawat yang bersenjatakan kamera polaroid sebagai pengganti busur; menyebarkan halwa percintaan kepada pasangan muda mudi yang dirasakan sesuai dengan mengambil gambar mereka. saya angguk2.
hari ini polaroid itu disendal bawah meja saya, jadi penstabil kaki meja yang pendek satu. maaflah polaroid, 'anak panah' kamu mahal sangat. saya harap ada orang nak ambil alih tugas saya, saya jual murah2 saja.
11 comments:
Agak agak berapa nak tolak?saya berminat.
kejam gak kamu ngn poleroid itu ya
clove - kamu mahu ke kamera yang boleh berkata2 haha
alien - ah apa boleh buat, filimnya mahal sangat. even yang recycle pun masih mahal
seksi tak polaroid kau?..kalau tak,bagi aku jela..buat buka puasa..hehe
tak, takde curve langsung. kecewa gua
kamera tu misti banyak bebel.
aku tak hingin nak beli
bagi aku la polaroid tu aberun. ehem.
derma-kan...ya DERMA-KAN ia sempena bulan ramadhan al-mubarak ini, aku sudi menerimanya
amira - ya tepat sekali, percintaan kan penuh dgn kata2 bohong yang dijujurkan dan kejujuran yang dibohongkan hahaha
hana dan paklang - kalau kamu berdua mahu polaroid yang ujud secara metafornya, aku boleh bagi.
nah amiklah *menghulurkan kamera polaroid metafor*
tepis tangan
"bak sampoerna sebatang"
sampoerna takde.
nah, gambar christina suzanne berkemban
Post a Comment