Aug 2, 2012

travelog ipoh 0.1 : mencari pasar loken (10% kisah benar)

saya dan beberapa orang teman tiba di pasar loken pada jam 0802, setelah menghabiskan 17 minit 23 saat untuk mencari tempat parkir. 

menerusi lenggok bayu yang mengusap rekah jalur cahaya mula, kami dapat menggenggam aroma vintaj transenden pasar tersebut. dari jauh kelihatan khalayak sana sini bergembira, tawar menawar diikuti senyum mesra, waima di dalam getir sesak yang berganda-ganda. keterujaan kami tidak dapat dibendung sudah. 

namun belum sempat kami menegur nikmat itu, kami telah dihalang oleh lima orang badut yang muncul entah dari mana - bersepatu besar dan berwig, keduanya berwarna merah - sedang tercegat kaku membelakangi kami di depan pintu gerbang ikonik memory lane.

maafkan saya, kata salah seorang daripada kami (saya tak dapat pastikan siapa) seraya memegang bahu badut yang terkanan. badut itu berpaling.....

saya tidak pasti apa yang telah berlaku tapi pada kerlipan mata yang seterusnya kami berlima sudah bercanda di atas kerusi, sambil menjujuk pesona spicy chicken mcdeluxe, double cheese burger, quarterpounder with cheese, bubur ayam, fries, coke dan ribena sebagai sahur. kadangkala kami mentertawakan pakaian kami yang sudah bertukar kepada seragam sedondon merah, putih dan kuning dengan mekap canggung yang ominus.

kelima-lima badut, dengan taring seinci dan cakar yang kehitaman, tampaknya sedang membaham dan merobek tubuh kesemua peniaga juga pengunjung di pasar loken. otak, usus, darah, anggota badan dan tempik lolong berterbangan sana sini; selayak finale epik the walking dead. 

kita semua tahu konsumsi gargantuan yang melanggar etika ini hanya berhasil menggamit lebih konsumsi. jadi tidak hairanlah jikalau tatkala ini badut2 itu  sedang memandang teman2nya sendiri sebagai juadah. sambil menggertap taring yang sudah hanyir dengan daging2 yang sarat dengan kolesterol juga lemak mereka pun...

narator membuka mata. keempat2 temannya masih terbaring kekenyangan di dalam bilik hotel yang masih gelap. jam menunjukkan pukul 1225. 1225 tengahari.

jilaka..

12 comments:

ghost said...

setahun gak aku duduk ipoh tahun 2001, tapi lum pernah aku sampai pasar loken. pasar halimunan mungkin masa tuh. jilanat!

Wadi AR said...

hebat burger kau berun. sikit beno peratus kebenaran kau. mohon pencerahan

Qiez AR said...

hahahahahaha!

kempunan nak ke pasar loken sampai terjana imaginasi diluar kewarasan.

oh kasihan~~

Päk Läng said...

alarm berbunyi kuat serupa siren bomba sebelah pun mu boleh buat tak tahu, jangan nak berangan sangat nak pergi loken...hahaha

a n said...

ada jumpa barang2 vintaj tak?

ahmad said...

ophan - kami telah dihalang oleh badut ronald mcdonald, kau mungkin dihalang oleh benda lain. almaklumlah, pasar loken tu kan bukak pagi je haha

wadi - mohon tanya paklang untuk pencerahan

qiez - mmg kasihan. geng gegurl bangun pukul berapa hari tu

lang - alarm yang menjengkelkan, dan tuannya tak bangun pun. dahlah azhar ingat tu alarm aku, tak pasal2 aku kena tutup. cis

ana - tak sampai pun. kitorang bangun dah tengahari haha

Azhar Ibrahim said...

~kah kah kah~ Jilakalah alarm² yang berbunyi tapi tidak ditutup oleh tuan²nya yang jilanat.

alien said...

xkemene pun pasar tu..
ko yg ke mana tu pasti..

Qiez AR said...

geng gegurl bangun bila paklang call amiey lalu amiey melompat terjun katil sambil menjerit ;

"loken!! loken!!"

sungguh tragis.

ahmad said...

azhar - yang menutup pun jilanat juga hahahha

anas - kami berada di hotel, tidur sampai tengahari. dan itulah 10% kisah benarnya hahaha

qiez - hahhaha pukul berapa tu

Päk Läng said...

semuanya separuh histeria hari itu

ahmad said...

aku rasa dah tiga suku histeria haha