Qi, fokus kamu jangan ke laut! jerit seseorang. Qi tersentak. tangannya sudah di dalam mulut Pe.
Ha membuka kacamatanya, membuatkan para penonton ternanti2. apakah akan ada keluar lazer? oh, tidak. dia hanya menenyeh matanya yang gatal dek asap rokok dunhill light. penonton kecewa.
pada sudut yang lain, Pe sudah hampir memutuskan tangan Qi apabila...
Am, berhenti!!
semua pandangan tertumpu ke arah suara itu. ah, rupa2nya Pa, dengan mata yang berkaca sedang menghulurkan tangannya ke Am. tampaknya keikhlasan hati Pa berjaya menjejak lubuk terdalam hati Am dan ini telah mengesankan Pe sekali. gigitan Pe ke atas tangan Qi terlerai dan Qi dengan pantas merentap tangannya keluar sebelum membuat dua balik kuang ke belakang, kembali pada teman2nya.
momen2 serendipiti antara Pa dan Am telah mengalirkan air mata sesetengah penonton. berdikit2 Pa, dengan tangan kanan masih terhulur, mendekati Am. perasaan Am, walaupun dengan bucu mulut yang masih mengalirkan saliva, masih berjaya menyentuh jiwa penonton. penamat yang bahagiakah?
'nasib baik masih sempat,' ujar Pa yang sudah menyambar pinggan berisi sate yang hampir dipijak Am. sejurus itu Pa juga membuat dua balik kuang ke belakang, kembali kepada teman2nya, sambil mengunyah sate ayam kelima.
'ayoh, destinasi seterusnya. rumah aku!!' jerit Zo, dengan gaya seorang patriarch. dan mereka bertujuh pun memulakan larian.
sayup2 kedengaran jeritan sayu Am di belakang. jeritan itu menerajang Pa tepat di dada, namun disembunyikan dari pengetahuan teman2nya.
hasil latihan di stesen kl sentral tempoh hari, Di sangka dialah yang akan pertama sekali tiba di rumah Zo (jangan ditanya bagaimana dia boleh tahu rumah Zo kat mana, untuk kelangsungan cerita dia perlu tahu), mungkin disusuli oleh Ha yang juga mengikuti rejim latihan yang serupa, namun dengan intensiti yang kurang sedikit.
namun Di silap kerana masakan dia boleh menandingi kepantasan Az (yang memandu kereta saga sewa), dan Zo (sebagai tuan rumah, ditambah pula dengan kuasa deduksi ala2 detektifnya, pastinya dia tahu jalan pintas), yang sudah bersantai di ruang tamu menonton cerekarama anak derhaka lakonan wan maimunah sebagai ibu.
Pa, Ha dan Na mungkin sudah berhenti menghisap rokok di mana2, paru2 mereka bukan boleh tahan pun. Qi pula mungkin tersangkut dek kecomelan anak kucing yang baru dijumpainya.
'ah, aku lupa. kek ada kat Am,' kata Az. setelah melepaskan keluhan ahhh yang agak panjang, Az, Zo dan Di (yang pada mulanya relukten kerana dia sudahpun menyimpulkan penamat cerekarama itu. dia juga mahu tahu ketepatan kuasa deduksinya) pun menaiki kereta saga sewa panduan Az, kembali ke restoran nasi vanggey maxwell. di pertengahan jalan mereka mengambil Pa, Ha, Na dan Qi
keadaan di restoran nasi vanggey maxwell sunyi sepi. yang kedengaran hanyalah deruman bayu yang dengarnya seakan2 esakan seseorang. eh, itu memang tangisan manusialah.
'di sana!' Ha menuding jarinya ke arah tangga. ketujuh2 mereka melangkah dengan berhati2, risau juga kalau Am versi marionet yang dikawal raksasa parasit akan menerkam dari kegelapan. tapi risau mereka itu tidak berasas kerana Am, tanpa kelibat aura membunuh, sedang menyantap kek red velvet sambil menyeka air matanya yang sudah tumpah.
'masya allah, sedapnya!' Am menyusun soliloquinya sendiri sambil mengacungkan tangan kanan yang tergenggam erat ke langit. Pe sudah tiada, ditewaskan oleh tulus ikhlas hati Mar semasa mengadun kek red velvet tersebut.
selayak sekumpulan hipster, mahu sahaja mereka berlapan meraikan harijadi Zo di situ juga, di atas asfalt. namun hajat mereka itu terhalang dek kebanjiran darah yang sudah setakat buku lali.
maka mereka pun kembali ke rumah Zo, menonton penamat cerekarama lakonan wan maimunah, sambil bergelak ketawa menikmati sorga kek red velvet.
terima kasih
terima kasih Mar!
kamulah wira super penyelamat!
13 comments:
am tu comel...dia penghabis makanan tauuu
nasib baiklah am sudah diselamatkan dari malapetaka bernama pe hehe
pe tu mende pulak? mutan dari gebeng ke?
ah, aku lupa mengaitkan gebeng dgn kejadian ini
i like this!
tunggu versi aku nanti...kahkah
pergh pergh pergh!
pk - amboi abam sahid
lang - haha kita tungguuuuu
hana - kalau kau ada pasti ada cerita tentang ritual kultus hahaha
kemah2!!
ah, kena buat lukisan kejadian atas paper satu satu, baru aku paham ni.
errr..sutera merah tu apadia? bukankah sepatutnya baldu merah?
ke aku salah tafsir?
Zo, Qi, Pa, Am, Na, Az, Ha, Di
rasa macam tengah baca muqaddam pun ada.
mar - laa, baldu merah lah. salah translate hahaha
qiez - wassalamu haha
Post a Comment