Aug 2, 2012

travelog ipoh 0.8 : ambien nasi ganja (75% kisah benar)


allahummala kasumna wabika aa manna wa'ala rizkika aftharna birohmatikaya ar hamar roo himinn. aminn..

Zo, Qi, Pa, Am, Na, Az, Ha, dan Di menyuap nasi ganja masing2 ke mulut, mengasimilasikan diri dengan ambien dan psikedelianya, yang walaupun masih belum lengkap keganjaan, namun sudah cukup untuk hari yang panjang.

Am berhenti lebih awal, katanya tak ngam dengan makanan berempah lalu dia meneruskan advencer dengan membaham sate yang dibeli Pa. Pa pula sudah masuk pusingan kedua, meninggalkan pesaing lain jauh di belakang. tapi itu cerita lain.

malapetaka sebenar berlaku selepas itu, tatkala meja mereka mula bergegar. pada mulanya ia hanya diabaikan. biasalah tu, tremor dari jiran sebelah memang selalu menjenguk ke sini, nama pun serumpun.

'eh, kenapa sate dah nak licin ni? bukan beli 60 cucuk ke. hmm, selepas aku jenguk jam dan membuat kalkulasi ringkas, baru 5 minit saja berlalu. misteriusnya' kata Az yang tampaknya lebih tertumpu pada misteri kekurangan sate daripada gegar yang bakal mengundang trajedi.

tiba-tiba 4 buah meja yang mereka penuhi dengan juadah berbuka dari bazar tercampak keluar. dalam momen sekitar 0.75 saat selepas itu, keadaan di restoran vanggey maxwell menjadi vakum, tiada bunyi yang dapat lolos. mata masing2 hanya tertumpu kepada makhluk yang muncul di perut Am. makhluk parasit tidak berupa, cuma bermulut dan bertangan sahaja. ketika maknusia lain masih menjustifikasikan apa yang sedang berlaku itu, tangan makhluk di perut Am (yang akan kita panggil Pe selepas ini) sudah menyambar anney pembuat air, mencarik2kan badannya dan menyumbat anney itu ke dalam mulut. dan panik pun tercetus.

Na yang pertama sekali tersadung dan mencium asfalt dalam kalut itu, sesuai dengan tahap penglihatannya yang separuh cuma daripada manusia normal. bertabahlah Na!

meriah betul keadaan selepas itu. lelaki dan perempuan berlari sana sini, dengan makanan erat di tangan dan kemas di dalam mulut yang tak akan berhenti mengunyah. mercun berwarna-warni, meletus sana sini. ah indah itu sementara cuma.

Pe masih menggagau sesiapa saja yang dapat dicapai, meratah daging dan menogok darah mereka.

'em, kepala Am sudah sedikit senget dan pada bucu bibirnya ada mengalir saliva. dengan deduksi ini kita sudah boleh buat kesimpulan bahawa Am sekarang hanya wujud pada jasadnya saja, otak dan fiziknya sudah dikawal oleh Pe. kita harus selamatkan Am' kata Zo yang sudah pun mengenakan topi dan kot trench sherlock holmes.

'tapi keadaan masih tidak selamat. kita harus berundur dahulu ke rumah ku untuk memikirkan langkah seterusnya. lagipun kek harijadi red velvetku masih belum kita makan kan' kata Zo lagi sambil menghembuskan asap imajinari dari paip kesayangan.





8 comments:

Amiey White said...

apasal jadi pe?ah!!!!!aku tak faham

Amiey White said...

apasal jadi pe?ah!!!!!aku tak faham

Päk Läng said...

ok, pe itu memang pelik

ahmad said...

Pe terhasil kerana nafsu makan Am yang diluar kawalan telah mentransformasikan perutnya menjadi entiti lain yang mengawal Am. kiranya Am dah jadi macam marionet, iaitu boneka yang dikawal dengan tali itu

nasib baiklah kek red velvet Mar menyelamatkan Am daripada terus tersesat di jalan berlemak itu

ya aku setuju, makhluk Pe(rut) itu memang pelik

Päk Läng said...

Pe tu mmg potong stim, orang nak layan ambien nasi ganja

klohv said...

Aku komen travelog yg ni sbb paling byk peratusan kebenaran.

ahmad said...

aku pun sebenarnya tak pasti ini masih dalam genre travelog atau tak. bukan ke travelog ada adegan2 bertravel?

klohv said...

Asalkan latar tempatnya bukan di anjung rumah sendiri maka bolehlah dikatakan bertravel.