dia sudah berumur. dia mahu pergi masjid selalu, mahu masuk kelas mengaji, mahu mendekatkan diri dengan sang pencipta. tak apa, ibu yang sakit tu adik boleh jaga. adik tu bukannya alim macam dia; solat berjemaah kat masjid pun malas. adik ada banyak masa terluang untuk jaga ibu. dia tidak boleh, dia kena kejar akhirat. nasib baik dia ada adik yang seorang tu, kalau tak masuk nerakalah dia.
8 comments:
tapi adik aku yang last tu rajin sembahyang kat masjid.
baaguslah hehe, semoga dia juga rajin gi ngaji
aku suka tengok lelaki pergi masjid dan lagi suka jika dia hanya berpakaian kasual seperti T-shirt dan jeans.
atau dalam erti kata lain,lelaki tu luaran nampak seperti kebanyakan,tapi sebenarnya boleh tahan berugama-nya cuma tak obvious sgt.
ok,komen aku sangat gedik.
jeans sebenarnya memberikan aku rasa kurang selesa semasa solat, tapi itu mungkin faktor lemak yang eksesif. makanya aku lebih prefer kain pelikat lalalala, yg memberikan fil yang liberal dan pengudaraan yang hampir sempurna
masuk masjid pakai jeans sambil bawa pelikat lalala.
berbalik pada apa yg kau tulis,kdg2 manusia kena tahu mana keutamaan ibadah.Aku sendiri kdg2 seperti terlalu banyak beri waktu ke manusia lain sampai rasa diri kosong.Yang sebaiknya kita kena cari masa utk buat2 amalan persendirian juga,tetapi takdelah sampai lupakan hak2 org sekeliling.
ya, lagi2 hak seorang emak. semayang itu wajib, tapi pergi masjid itu tak
ini kisah benar, berlaku pada seorang saudara yang sangat rapat
aku benar mahu komen sesuatu tadi.
tapi aku sudah tidak mahu lagi
sebab kau dalam kecelaruan. bertabahlah!!
Post a Comment