Apr 5, 2013
untuk zine kocek
kata ibu saya, akibat dari satu malfungsi wardrob yang tidak terjangka, kocek saya telah menjadi satu portal inter-dimensi; atau gerbang masa, bergantung pada versi mana yang anda dengar. ujar ibu lagi, jangan sesekali bercanda perihal ruang dan masa ni kerna paradoks kedatukan dan efek rerama senantiasa bergentayangan - menunggu tika dan saat yang sesuai untuk menyusahkan kehidupan seorang insan.
sekarang umur saya 32. dah 25 tahun saya tidak memasukkan tangan saya ke dalam kocek ketika bertepuk tampar dengan teman2. kata mereka itu cara mak untuk buat saya lebih bersopan pabila berinteraksi sesama maknusia.
mungkin juga mereka betul tapi peduli apa saya. takkan sesekali saya memperjudikan masa depan saya dengan mengganggu gugat kontinuum ruang dan masa yang sudah sediakala cantik bersedondon itu. saya tidak mahu kelahiran saya menjadi invelid. sebabnya jikalau begitu bagaimana saya nak kahwin dengan makwe yang saya suka nanti.
[nota kaki : masih pusing2 dalam universe yang sama dengan siri prophesi, destini dan isu-isu heroik yang tidak kesampaian]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tudia aih
persoalannya bila nak kahwin?
hana - hai tok ketua
wadi - soalan tidak velid
Post a Comment