free radicals ialah kultus kegelapan molekul tidak stabil yang ditubuhkan oleh pakatan elektron2 yang tidak berpasangan. sebagaimana maknusia, elektron juga memerlukan cinta. maka seperti yang telah dipersetujui dalam agenda pertama setiap minit mesyuarat tahunan kultus, mereka akan menjarah rumahtangga elektron yang lain dan merampas pasangan mereka, meninggalkan elektron2 yang menjadi mangsa dengan depresi dan kepasrahan malah ada juga yang melemaskan diri mereka di dalam alunan rintihan rok kapak.
oleh kerana sifat alami elektron yang akan menjadi vulnerebel (dan akan terdedah kepada serangan ganas oleh anasir luar - ini digelar 'oxidizing') jikalau tiada berteman, elektron2 yang kesepian itu akan merampas pula pasangan elektron yang lain demi kelangsungan hidup (kerana tanpa kehidupan, masakan mereka boleh meneruskan romantisasi percintaan pada lain masa) dan proses ini akan berlanjutan sehingga anda (sebagai hos) mati agaknya.
ketidakstabilan komuniti elektron (perang saudara, hubungan kelamin secara rambang, dan kestabilan mental yang semakin goyah) akan mengakibatkan proses penuaan hosnya ditambah kuasa turbo. sah2lah turbo ni makan minyak. bunyi saja macam ribut tapi jalan tetap macam siput. dan hasilnya, dahlah awak tu kerepot, cepat pancit pula tu. harapanlah nak berkenalan dengan gadis2 hipster.
namun bertenanglah kerana sebagaimana dunia mengharapkan superman untuk menewaskan doomsday/presiden luthor/brainiac dan seterusnya menyelamatkan dunia, badan kita punya antioksidan untuk menewaskan pejuang love-at-all-cost free radicals tersebut. antioksidan ialah seorang hero yang punya kuasa melahirkan elektron2 berklivej di dalam harem mega bawah tanahnya. antioksidan dengan murah hatinya akan mendermakan elektron2 seksi ciptaannya itu buat individu2 kesepian kerana antioksidan tahu free radicals ini bukanlah kultus jahat. mereka cuma disalah erti.
dunia (yakni kita sebagai hos) terselamat sekali lagi malah nampak gayanya keamanan, walaupun sukar, mampu dicapai, dan semua orang boleh hidup bahgia selamanya. malangnya, jangkahayat antioksidan hanyalah 20++ tahun (dalam kiraan umur hos). boleh sampai 30 tahun tu kira mejik sangatlah. selepas umur kita menjangkau 30 tahun, kuasa ajaib hero super yang selama ini melindungi tubuh kita daripada serangan dalaman puak pelampau free radicals akan perlahan2 terhakis dan akhirnya hilang sama sekali, mendedahkan kembali dunia kepada kekacauan dan kehancuran total.
usah khawatir.
unsur2 antioksidan boleh juga anda dapatkan di farmasi berdekatan dalam bentuk pil suplemen yang mahal (jika anda mahu menyokong konglomerat multi-nasional) atau di pasar dalam bentuk buah dan sayur segar yang lebih murah (kalau anda mahu menyokong industri makcik2. industri yang terbahagi kepada dua puak; satu, yang mahu cepat naik haji, dan dua, yang mahu cepat naik haji juga, tetapi obsesi itu telah dikompres oleh sifat pemurah dan ber-empati dengan kocek pelanggan. buatlah pilihan yang bijak ya).
oh sebelum terlupa, antara aktiviti2 anti-percintaan yang boleh membunuh pasangan elektron sekaligus mewujudkan kultus rebel free radicals ini ialah merokok, konsumpsi minuman keras dan makanan segera yang eksesif, penggunaan kerap pengangkutan udara, obses dengan senaman, pencemaran udara, dan stres.
kesimpulannya, untuk mereka yang mahu berjimat dan mengamalkan slogan 'all capitalists are bastards' serta pada masa yang sama inginkan kehidupan harian yang lebih tampan dan ekstra gagah (untuk abang2; yang dah berkahwin mahupun belum), hentikanlah aktiviti merokok anda, dan kurangkanlah penghadaman minuman keras juga makanan segera.
dan, makan coklat banyak2 kerana coklat dikatakan punya unsur antioksidan yang tinggi dan menurut kajian lagi, coklat juga tidak cukup subur untuk melahirkan anak2 kolesterol jahat yang akan menetap dalam salur darah kita. walaupun begitu, makan itu janganlah ikut nafsu semata kerana stetmen 'coklat itu menggemukkan' masih lagi satu fakta sahih yang tidak boleh disangkal. apa2 pun, yang paling penting ialah moderasi.
6 comments:
rasa macam baru lepas baca artikel kesihatan.
haha memang pun, cuma disuntik dgn sedikit romansa
subjeck sastera ke sains nih?
hahaha..eh, aku dah tukar link blog
http://selamberokes.blogspot.com/
aku rasa lebih ke subjek sains sebab byk kesalahan tatabahasa di siTTUU!
-,.-
hai mimi
Post a Comment