Jun 11, 2013

[mungkin] proporsi gastronomik untuk minda2 resah aka romansa si rakun yang ridikeles tetapi tidak rasis bernama ramon

ramon, si rakun keresahan lagi. entah untuk yang ke berapa kalinya, dia menghadapi situasi  yang sukar di tempat kerja [anda boleh buat pilihan antara gaji tak naik2, sukar naik pangkat, gaji lambat dibayar atau tak berbayar langsung sebab bos guna duit itu untuk bayar instalmen volkswagen golf perempuan simpanan, atau lain lain masalah tipikal yang berkaitan]. banyak kali jugalah teman2 rakun yang mengambil berat mengajukan soalan seperti , 'kau kerja kompeni kita ke kompeni pembakar roti?' [dua kaum majoriti dalam semak ini]

dengan jujurnya, ramon akan menjawab 'pembakar roti' [susunan tempat kerja ramon sedari 5 tahun lepas ialah seperti berikut ; rakun, rakun, pembakar roti, rakun, pembakar roti] dan dengan jawapan  ramon itu, teman rakun yang mengambil berat akan meneruskan perbualan dengan gugus2 kata yang berbunyi, 'oh, kompeni pembakar roti memang macam tu' [satu indikasi bahawa jawapan ramon itu betul. juga penunjuk bahawa 1. sang penyoal pernah ada sejarah gelap dengan kompeni milik pembakar roti, dan/atau 2. sang penyoal memang suka menyalahkan orang lain atas segala trajedi yang menimpa, termasuklah kes khalwat dan kakinya yang pendek sebelah]. walaupun dah dijangkakan, ramon, sebagai seorang pemenang tetap tidak dapat menahan keinginan untuk high five strenjer sebelah setiap kali dia mendapat respon positif tersebut. tapi ada masanya dia tak rasa macam tu pun; ikut moodlah.

oleh kerana kekerapan itu mematangkan [selalunya tak pun], lama dah ramon tahu jawapannya  tetap akan diterima sang penyoal walaupun dia tembak jawapan lain sebagai pilihan [ini ialah antara jenis soalan di mana setiap jawapan yang ramon pilih ialah betul; lebih kurang macam soalan trik lah. apa yang dia patut buat hanyalah bersikap jujur].

tapi kadangkala ramon akan menjawab soalan itu dengan jawapan yang tidak jujur dan untuk situasi ini jawapan tidak jujurnya  ialah 'kompeni kita', just for the heck of it. dan seperti sebelum2nya, sang penanya akan mengakhiri sesi  diskusi ringkasnya dengan jawapan, 'oh, kompeni kita memang macam tu'. masa untuk high five strenjer sebelah!

[ps : sebenarnya tidak patut wujud pun istilah seperti 'tembak'dalam situasi ini namun untuk menyuntik sedikit unsur realism, boleh saja kita berbuat begitu.]

kesimpulannya di sini, respon teman rakun yang mengambil berat terhadap jawapan ramon bergantung pada pilihan jawapan ramon untuk soalan teman rakun yang mengambil berat. atau ringkasnya, (x atau y) = x = x dan (x atau y) = y = y.

tidak sayang, ini bukan sains roket apatah lagi fizik kuantum. ini cuma mirekel, maka tiada penerangan lojik diperlukan. antara momen2 majikal di mana seekor rakun itu boleh menjadi rasis [mengaitkan kaum dengan ketidakkompetenan individu itu dan/atau ketidakkompetenan majikannya] dan pada masa yang sama juga mengabaikan terus filosofi skin deepnya [tiada prejudis spesis untuk kebabian yang melanda kehidupan lapan hingga lima/sepuloh/dua belas individu yang tersebut di atas].

babi semua sama sahaja, tidak kiralah sama ada ia dilahirkan sebagai seekor mamalia mahupun sebuah perkakasan elektrik.  adik2 janganlah jadi babi ya [maaf, stetmen ini pun agak rasis sebenarnya].

membuatkan ramon, si rakun yang ridikeles tetapi tidak rasis, tertanya-tanya ke mana sebenarnya halatuju soalan tersebut. kelakar, dan kompliketed, digaul dalam satu mangkuk porselin. kunyahan pertama yang sentiasa meninggalkan rasa payau dalam tekak.

3 comments:

Amalina said...

kau panggil aku sayang??omg!
(pengsan)

ahmad said...

hahaha

ye sayang
sila pengsan sekali lagi)

Amalina said...

pengsan lagi.