Sep 27, 2010

beza dan persamaan drama sekarang



oleh kerana aku sekarang dalam indefinite 'sabbatical leave', aku banyak tengok tv, dan membaca. ya, memang masuk air tapi apa boleh buat.

oleh sebab kat tv sekarang ada banyak gile drama indon kita cerita pasal tu. yang aku perasan, drama indo kat tv (jenis cerita tak tentu hala yang sampai 500+ episod tu, bukan jenis cerita nasihat macam entry aku yang terdahulu) selalu jatuh dalam klise kisah percintaan heroin miskin dan hero kaya yang rupa2nya tanpa pengetahuan heroin tu dia sebenarnya anak orang kaya jugak tapi tertukar masa dia kecil. sepanjang penceritaan, diorang ni asyik bergaduh saja. puncanya mungkin dari anasir luar dan mungkin dari ketidaksensitifan hero. mak hero mesti tak setuju dengan percintaan diorang sebab heroin tu orang miskin dan dia nak anak dia kahwin dengan seorang perempuan kaya (selalunya lagi lawa dari heroin) yang jahat dan selalu ada taktik2 bodoh tidak masuk akal dan semua orang percaya untuk perkenakan heroin kita supaya dia bergaduh dengan hero. heroin ni pulak kerjanya bukan nak lawan balik tapi asyik duk menangisi nasib malang dia.

dalam satu plot exaggeration, (yang aku rasa akan muncul apabila director ketandusan idea nak fikir sebab apa lagi hero dan heroin bergaduh dan juga taktik apa lagi orang jahat nak guna untuk menjatuhkan heroin) di tengah2 cerita si hero akan:

jatuh miskin/hilang ingatan dalam satu eksiden yang melibatkan kepala/disangka mati dalam eksiden itu.

tapi akhirnya tetap akan:
kembali kaya/ingat balik/diketahui masih hidup.

selalunya juga akan ada satu lagi watak utama lelaki (hero no 2, kaya jugak, selalu jadi crying shoulder heroin) yang syok kat heroin dan sanggup buat apa saja untuk memiliki cinta heroin ni tapi tak dapat jack, ko bukan hero. geng jahat pulak boleh bunuh atau culik orang selamba saja sebab tak ada polis. ending dia macam biasalah, hero dan heroin hidup bahagia selamanya.

yang lawaknya, drama korea pun lebih kurang macam tu jugak. cuma ubah jalan cerita sikit buang mana2 yang patut dan dirasakan sangat tak logik (pusing sikitlah tapi tetap tak lari dari plot yang utama iaitu pergaduhan hero dan heroin dan/atau taktik2 watak jahat nak menjatuhkan heroin dan buat hero jatuh cinta kat dia), kurangkan dalam 490 episod dan voila! anda akan dapat satu drama korea. lagi, dalam mana2 drama korea juga wajib ada 4 watak; seorang heroin (wajib miskin, mungkin comel), seorang hero utama (mungkin kaya, mungkin tak tapi wajib perangai tah apa2), seorang hero no. 2 (wajib kaya dan cool gile) dan seorang watak jahat (wajib perempuan; selalunya kaya dan lawa. lelaki jangan harap boleh jadi watak jahat). nampak kan persamaannya.

nasib baik cerita melayu tak ada lagi yang macam tu. ke dah ada ye. aku pun tak pasti sangat sebab selalunya cerita kita advance lagi. pe barang cerita kolot2 macam tu. ni malaysia la, mana ada orang miskin kat sini. our story must have referral to the epitome of nouveau riche malay. mesti melibatkan datuk2, tansri2, projek ratus2 juta kat luar negara, nama syarikat yang mesti ada holdings kat belakang, perebutan saham syarikat (nak capai 51% ni bukan senang bang), perebutan harta antara adik-beradik, rumah sebesar oil tanker, kereta mewah 2,3 bijik (paling kurang tu dan wajib ada merc) kat rumah, makan nasik kat rumah pakai sudu, lauk atas meja masa makan macam nak hidang 8 orang padahal yang nak makan 3 orang saja dan tak lupa scene kat putrajaya.


ya, aku tau aku memang banyak sangat tengok tv. haha


No comments: