tan sri 1: ya tan sri, macam mana dengan projek ternakan lembu tan sri di dubai tu?
tan sri 2: ramai orang arab dan eropah membeli lembu saya. dagingnya lemak manis dan langsung tak liat kata mereka. taik pun wangi. keuntungan suku tahun pertama saja dah mencecah 800 juta. mengikut kajian, menjelang tahun depan lembu2 saya akan pandai berak dalam tandas yang disediakan. siap flush lagi. dan jika tiada aral melintang dalam sedikit masa lagi, lembu2 saya akan boleh diupah untuk menjadi driver atau orang gaji.
tan sri 1: wow hebat tu. tahniah tahniah. mungkin satu hari nanti saya akan mengupah seekor lembu tan sri untuk jadi driver saya
tan sri 1 dan 2 : hahahhahahahha (sambil tepuk bahu masing2)
tan sri 2: ala janganlah terlalu memuji saya. tan sri pun apa kurangnya. kan kapal terbang yang dihasilkan dari tempurung kelapa dan menggunakan belacan sebagai bahan api buatan anak syarikat tan sri akan menembusi pasaran eropah dan amerika. nasa sendiri khabarnya akan membuat pengumuman sedikit masa lagi untuk mengaplikasikan teknologi pembuatan kapal terbang itu untuk shuttle mereka. jimat katanya.
tan sri 1: hehe. lagi satu, hujung tahun ni saya bercadang akan membuka restoran mapley pertama di angkasa. dan jika mendapat sambutan yang saya yakin sudah pasti akan berlaku, saya akan francaiskannya. saya dah dapat bayangkan, nama restoran angkasa maju terpampang di serata angkasa. pada masa tu, roti canai dan teh tarik sudah menjadi makanan ruji angkasawan
tan sri 1 dan 2 : hahahhahahahahha (sambil tepuk bahu masing2)
tan sri 1 : oh ya sebelum saya terlupa. minggu depan saya akan menandatangani perjanjian pembelian 51% saham microsoft yang akan membolehkan saya menjadi pemegang saham terbesar syarikat itu. selepas itu saya ada buat jamuan kesyukuran sikit. ala kecil2an je pun. sekalikan dengan pengumuman pertunangan anak perempuan saya dengan putera al-mursyid dari arab saudi. tan sri dijemput datang. bawalah puan sri dengan anak2 sekali ye
tan sri 2 : haha baiklah. (dalam hati : celaka!)
Sep 23, 2010
sembang2 orang kita (versi samarinda)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment