kepada mereka yang tengok tv mesti tahu satu slot cerita indon yang berunsurkan nasihat. titlenya selalu panjang2 dan akan menceritakan secara kasar macam mana jalan ceritanya, i.e: kisah perempuan memakan harta anak yatim, kisah juruteknik komputer yang mencuri barang di masjid, kisah ayah yang meluku kepala anaknya kerana anaknya puasa, kisah menteri yang memberi projek memberi makan kambing bersepadu kerajaan kepada saudaranya
kadang2 aku harap tajuk hidup aku ni macam tajuk cerita di atas. senang sikit aku nak menjalani cerita hidup aku kalau aku dah tahu jalan ceritanya dan apa yang perlu dielak sebelum ceritanya bermula.
No comments:
Post a Comment