Oct 29, 2010
marvin
album tu memang album paling sesuai untuk didengar masa naik bas antara negeri, percayalah cakap aku. keseluruhannya bagaikan susunan domino yang sempurna; segalanya akan jatuh pada tempat dan masa yang kau harap kau yang tetapkan sebaik kau menolak pencetusnya. kau tidak mampu untuk berhenti di pertengahan jalan kerana berbeza dengan hidup, yang paling penting dalam perjalanan domino ialah pengakhirannya. magnum opus yang takkan lengkap sebelum domino penamat. tapi, apa kena mengena semua yang tersebut tu dengan sebab musabab album tu paling sesuai untuk didengar masa naik bas antara negeri? entah aku pun tak pasti. aku cuma taip je apa saja yang terlintas semata2 nak panjangkan entri ini. semata2 untuk lari dari klise 'blog macam tweet' yang aku sendiri buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment