Oct 21, 2010

apabila seorang lelaki (selalunya lelaki la kan) dengan asyiknya mendisinfektan the not totally-uncharted territory aka serombong respiratorinya di depan gadis (atau gadis-gadis; bergantung kepada tahap kekacakannya), gadis (atau gadis-gadis) itu akan mengeluarkan ayat2 yang memfokuskan betapa kotor/jijik/geli/busuk aktiviti pada masa lapang itu.

gadis (atau gadis-gadis) itu sangat silap kerana aktiviti yang tersebut di atas adalah satu upacara yang suci; simbol ketaksuban kepada kebersihan total dengan nilai moraliti terbilang.

yelah, apabila ada seseorang yang memandang kekotoran laksana pemain kelab wolves, blackpool atau stoke memandang keting mulus pemain arsenal; iaitu satu sasaran yang mesti diranapkan, penyumbangan ke dalam statistik pencemaran adalah satu tabu. oleh yang demikian adalah sangat logik apabila kesedaran lelaki itu akan tercetus sebaik sahaja mengesan kekotoran dan terus bertindak untuk melupuskan apa saja penyemak di depan (atau yang lebih tepat bawah) matanya. cuma dia sepatutnya tahu masalah akan timbul bila dia tak reti2 nak cover 'kebaikan' yang dia buat tu.

dia kena ingat dia bukan tengah beli surat khabar lama atau tilam lama tukar dengan tilam baru miliknya. tak perlu kot nak heboh satu taman (atau dalam kes ini kedai mamak).

No comments: