sudah malam. kau mahu pergi beli topup tapi telah ditakdirkan semua lampu terpadam dan bulan bintang tidak kelihatan. keadaan sangat gelap sampai tangan kau sendiri pun kau tak nampak. kau menapak ke depan, 26 darjah ke kiri kerana kau tahu itulah arah ke kedai topup. tiba2 kaki kau tersadung dan kau tertiarap jatuh. deria arah kau menjadi tidak kucar-kacir. kau sudah keliru mana depan dan mana belakang. tapi kau tetap menyusun langkah kerana itu saja yang kau boleh buat dan berharap mata kau akan menyesuaikan diri dengan seberapa segera. atau terjumpa lampu suluh. atau disambar makhluk rakus, yang mana dahulu.
No comments:
Post a Comment