Feb 9, 2011

cristiano

cristiano terjaga di satu tempat yang dirasakannya sangat asing. melalui cahaya yang samar2, dia sedar ada dinding beberapa inci di depannya. tidak, biliknya tidak sesempit ini. ada satu saja 'bilik' yang sesempit ini dan 'bilik' itu seringkali disinonimkan oleh penggiat filim tanahair dengan mayat hidup dan gentayangan roh wanita rambut menggerbang. isk meremang pula. udara yang tergesa2 disumbat kemudian dihambat secara paksa dari paru2nya bertalu2 menghentam mukanya kembali.

ah, ini bukan masanya untuk seram2. fokus cristiano! fokus! oh, barangkali ini kesan kemamaian lalu cristiano sambung beradu. selepas layan mimpi sedas dua cristiano tersedar lagi dan, deng! masih di tempat yang sama. ok ini sudah lebih. belum masanya untuk dia ke sini selagi brooch korea sebesar penumbuk dan tudung ariani jingga idaman ibunya masih belum dihadiahkan. dia enggan nyawanya diakhiri. dia harus pecahkan dinding ini dan lolos keluar.

sebelum apa2, cristiano perlu membuat sedikit kalkulasi jisim dan jarak untuk memaksimakan momentum impak terlebih dahulu. selesai, dia pun menutup mata (untuk konsentrasi penuh dan penumpuan tenaga pada satu titik) lalu menarik nafas sedalamnya. bang! tahu2 sahaja bulu lima dah melekat di dinding. kita tahu apa akan jadi selepas itu bukan. dengan dahi kerut seribu dan gigi bergetap, cristiano menggeletik kesakitan lantas berguling ke belakang. eh, dia kenal tempat ini. hampeh, selama ini dia memang dalam biliknya pun.

2 comments:

daRk said...

kalu bisa aku tahu, karyanya apa nukilan sendiri atau petikan dari sumber lain? kalu hasilan peribadimu, lumayan. pernah terfikir utk menjdi novelis x?

ahmad said...

novelis?haha takleh kot sbb attention span aku singkat sgt.tgh baca satu page buku pn aku ble smpat mengelamun lg

pasal idea tu seingat aku mmg sendiri la tp rasanya ada sikit influence dr buku yg aku baca la