Feb 6, 2011

tanpa anestetik; sebuah cereka splatter romantis

(kita langkau prolog juga adegan percintaan yang banal dan terus kepada klimaks)

tanpa membuang masa lisa terus menusuk dada deraman dengan pancang, rentap hatinya keluar, dan muatkannya dalam balang kaca. balang kaca itu disumbat kembali ke dalam dada deraman yang kemudiannya dijahit dengan jarum berkarat. setelah bersedia dengan kekuda, lisa menerajang padu dada deraman. deraman terjelepuk jatuh; balang berderai, hati dirobek kaca. masih stoik, lisa belah dada deraman dengan gergaji tumpul, keluarkan kembali hatinya dan lempar ke luar pagar, betul2 di depan pakcik pemesin rumput.

akhirnya tersenyum puas, lisa pun meloncat ke dalam lompongan di dada deraman dan dibuatnya macam rumah sendiri, siap dengan langsir ungu dan set meja makan baru. dari kejauhan deraman melihat rottweiler jiran tengah berebutkan apa saja yang masih tinggal dari hatinya setelah dicarik lumat mesin rumput sebentar tadi.

kerana dibiarkan tidak berkunci, 'kediaman' lisa itu akan berganti2 dijarah oleh murni, putri, fiza, ie ling, qistina, ain, karisma, cynthia bella, scarlett johanson, juga airi taira. tapi ini cerita seminggu selepas itu.

6 comments:

makwe joni said...

pehh..bikin film lah brader, konpem letup..kihkihkih

ahmad said...

gua mau bikin filim seram bukan filim cinta hehe

daRk said...

la..xseram ke nih? klu kuar pnggung pling tidak aku rse rated 21XG.8P..tp, mmg aku rsa selayaknya ko ptut diambil jd teraju ape2 filem la, yg mngkin brgkali ade peluang filem kita ke cannes..8P.ye lah,,filem kita wajah kita kata diorg..but on 2nd thought, portraying a guy with a white cloud face..hmmm~.8D

ahmad said...

haha lupa plak cerita cinta mmg sume seram2.

cloudy faces, don't we all are? nobody is as it seems; all blue clear sky, except for our prophet(pbuh) :)

daRk said...

haha..cinta yg seram ke seram bercinta? been thru trumatic luv, eh bro? jgn patah hati dgn kejadian yg sekadar sekali cuma..it s life bro. 4give-4get-n move on..8D

ahmad said...

oh maksud aku yg seram tu cerita cinta yg kuar kt tv.

traumatik?agakla hahah.kaki mmg dr dlu dh move on tp bnda lain yg tak (bkn hati ye haha)