Tolong pos aku balik kampung. Itu kata Derasid tengahari tadi sebelum makan. Dan setelah memberikan aku kertas instruksi yang berkeronyok dalam gumpalan, Derasid buka ikatan getah yang terikat di celah ketiaknya. Tahu-tahu sahaja jasadnya mula mengecut memenyek dan akhirnya mencium lantai - sila bayangkan blow-up doll yang dibuang anginnya.
Aku ratakan keronyok kertas instruksi yang Derasid berikan tadi ke atas meja. Goo yang melekit-lekit pada kertas itu aku tidak mahu tahu mana asalnya. Ok, mula-mula aku harus seterika dia. Usai seterika, aku kena lipat dia kemas-kemas dalam dimensi tebal kurang 10 mm dan berat tidak lebih 500 gm. Kemudian aku perlu masukkannya dalam sampul pos ekspres yang baru dibelinya semalam.
Setelah memenuhkan ruang alamat seperti yang diberikannya, aku pun berbasikal ke pejabat pos dan memasukkan sampul yang berisi Derasid itu ke dalam peti yang terlibat.
Balik sahaja, 3 orang along datang sambil bersenandung dan mencantas lengan kiri aku. Celaka punya Derasid, patutlah tiba-tiba sahaja mahu balik kampung. Sambil menyental lantai dengan lengan separas siku, aku sumpah Derasid dibaham abyss postej.
35 comments:
Abyss Derasid adalah bila dia tidak dihantar kampung?
kan kan kan? ._.
mungkin
tapi mungkin sampai juga di kampung tapi rumah di kampung sudah lama ditinggalkan oleh orang tuanya kerana mereka sudah berpindah ke kota apabila mendapat pampasan pembinaan lebuhraya.
jadi nasib derasid berakhir dalam peti surat rumah di kampungnya itu. tak ada sapa dah nak bukak sampul pos ekspres itu
tapi ni pun kemungkinan juga
haha
dijamin ke syun? kemainn
konon konon bulan buntu... cettt!!
[ ya ini komen tanpa baca terlebih dahulu ]
manis juga bila along dijebakkan dalam scene bersenandung.
entah2 peti surat itu nanti disondol babi hutan.
lalu terjelepok lah derasid dalam sampul sambil domamah babi hutan
dalam maksudnya. kebingungan seketika. haha nice bro.
wadi - itu tagline pos ekspres, kalu dia tipu maka aku tipulah huhu
makwe - lalala (untuk komen pertama)
rhyme kan along dgn senandung haha (untuk komen kedua)
mira - itu pun mungkin juga kerana lama sangat dah narator tak jumpa derasid
khryhnry - tk hehe
*sampul dikembalikan...cilaka jugak
kalau macam tu mmg masaklah derasid di'masak' oleh narator
tp derasid sudah hilang dr sampul yg kini berganti dgn 500 gm tembakau
bagus juga tu
adakah itu tembakau kasta orang baik2
harap ada gadis yang di postej begitu. :3
harap juga :3
ya, gadis bersama 500 gm tembakau
aminn
nazarudino derasid
kah kah kah
cis, menyembunyikan diri di sebalik anoni
along dan pocong sama sama bersenandung
blow up doll selalunya ada pasir sebagai pemberat di bawah.aku suka tumbuk-tumbuk.dulu masa kecil aku ada blow up doll banana in pyjamas.
typo *pajamas
makwe - aku tak rasa pocong reti bersenandung
amalina - la, pasir ke kat bawah tu. aku ingat mende tah
eh, bukan ejaannya memang pyjamas ke
Bananas in Pyjamas is an Australian children's television.In the United States, the "Pyjamas" in the title was modified to reflect the American spelling pajamas.
sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Bananas_in_Pyjamas
aku lebih selesa dengan ejaan yang amerika kerana aku suka makan nasi goreng amerika.
aku tahu yang bawah tu pasir sebab aku pernah cucuk dengan benda tajam dan koyakkan untuk tahu apa dalam tu.
naluri ingin tahu melampau sehingga merosakkan benda.
maka aku patut berterima kasih pada kau kerana telah mensherlockholmeskan misteri aku itu
sherlock holmes 2 anda sudah tgk kah
best ke tak
belum.aku ada satu tiket free aku belum decide nak tengok cerita apa.aku sangat suka sherlock holmes tapi aku dalam mood tidak mahu menjadi diri sendiri.
ha-ha!
aku rasa kau patut hold dulu mood kau, sila tgk sherlock holmes, kemudian barulah tukar mood itu
ada kemungkinan aku akan menonton jack and jill.heheh!otak aku tengah berat, gelak boleh mengurangkan beban.
eh bila masa pulak ada muvi jack and jill
jack and jill , muvie adam sandler baru keluar.heh..nampaknya al pacino juga dalam mood tidak mahu menjadi diri sendiri seperti aku, die selalu berlakon watak serius tetibe dia berlakon cerita komedi ni.
dulu aku suka juga adam sandler, aku rasa dia kelakar. kemudian filem2 nya hanya mengulang formula serupa buat aku jadi menyampah
aku tak pernah suka adam sandler.
fyi,aku sebenarnya sangat gilakan sherlock holmes yang pertama dulu sampai aku tengok di movie kemudian aku download dan asyik ulangnya berkali-kali dalam tempoh yang panjang.kemudian, aku download satu album soundtrack sherlock holmes oleh hanz zimmer.kemudian, aku akan mengulang soundtrack itu setiap hari dan berlarutan dalam tempoh yang panjang.malah,dalam facebuk aku letakkan sherlock holmes dalam susunan pertama senarai filem kegemaran walaupun aku setkan hanya aku saja yang boleh tengok itu.
begitulah obsesnya aku pada sherlock holmes.
kah kah kah
ok
member aku bagitahu sherlock holmes baru ni ada professor moriarty. ini adalah sgt menerujakan
da tengok semalam..tak semenarik yang pertama dulu.jalan cerita yang kononnya mahu keluar dari jangkaan,tapi masih apa yang aku jangkakan.
oh, mungkin aku takkan menjangkakan pada level jangkaan kau
jadi aku masih teruja
hehe
Post a Comment