It always rain on me.
Itu kata Scott yang berbahasa Inggeris slanga scottish Mark Renton dalam Trainspotting apabila aku bertanya kenapa dia sentiasa berbaju hujan overall berbelang ungu kuning dengan but sedondon walhal satu kota sudah seminggu kemarau.
Kemudian Scott yang sedang menggendong seekor ikan kod gergasi di belakang menyuakan sebuah teropong kepada aku sambil menuding-nudingkan jari telunjuknya ke atas. Ah, memang ada setompok awan hitam kat langit, betul-betul di atas Scott. Aku tanya, kenapa tak lari sahaja. Dia kata tak boleh kerana jantungnya sudah terfius pada tompok hitam nun di langit sana melalui seutas dawai halus. Dia tak cukup pahala lagi.
Aku ajak Scott menyertai aku. Selepas memesan air bandung soda, dia menyelak sikit baju hujan overall kuning dan mendedahkan dadanya. Ada satu mekanisma aneh sedang beroperasi menggantikan jantungnya. Roda ratchet, roda winding, aci, spring, gear segala yang berkitaran secara sedondon. [masukkan bunyi-bunyian mekanikal di sini]
Teknologi ala-ala Victorian itu membuatkan ia kelihatan sangatlah steampunk cumanya ia tidaklah dijana dengan stim tetapi elektrik daripada panahan lintar yang dialirkan melalui dawai ke jantung Scott.
Usai minum, kami pun bersalam dan beredar membawa hala tuju masing-masing.
Esoknya aku bertembung dengan dia lagi. Kami masing-masing mengangkat kening, mengesahkan kenalan, tidak mahu dianggap sombong. Scott masih macam semalam - sugul, basah, dan menggendong ikan kod gergasi. Cepat-cepat aku menghembuskan asap Dji Sam Soe ke dalam saiz-saiz miniatur yang comel. Aku meloncat. Asap terdekat aku injak, kemudian meloncat ke asap seterusnya yang lebih tinggi. Selangkah demi selangkah, harus pantas sampai ke awan.
Hujan sudah turun dengan lebat sekali atas Scott.
Tom Waits? Aku tercengang. Memang betullah Tom Waits yang bersila atas gemawan hitam itu. Tangan kirinya memegang joran dan tangan kanannya menutup mulut yang menguap. Sesekali apabila dia menggigil, ada karen biru keluar daripada tangan kirinya, melalui batang joran, ke tali/dawai pancing dan akhirnya lesap ke bawah.
Aku tergelak. Rokok Dji Sam Soe sudah habis untuk dibawa turun ke bawah. Aku tendang Tom Waits dan rampas jorannya. Pandai-pandailah Scott sedar sendiri akan hakikat yang sebenar.
21 comments:
ahha~
kenapa dia pikul ikan kod..
ikan salmon ke ikan jerung ke kan lebih nice
scott's emulsion anas.
scott's emulsion....
haha
kau hisap rokok indon? patut la jadi a constant mourner.
ah, kasihan incik scott.
cepat tulis untuk "secangkir kopi sepekat apatah aku dah lupa"
scott emulsion yg aku benci rupa2nya bukanlah jahat sangat kecuali bau dan rasanya
ahha~
tidak...
mokcik - ini ialah karya fikshen semata. jangan percaya satu mende pun, walaupun perkataan aku hehe
hanip - sepekat secangkir kopi kalau tak silap aku. kerol kata tahun depan baru start
anas - ya hahah
tom waits tu sapa plak?
koq - tom waits ialah seorang penyanyi dan kadang kala berlakon. kalau kau pernah tgk imaginarium of doctor parnassus, dia yang jadi setan/mr nick tu.
senyum dia sangat evil, mmg layak jadi antagonis hehe
aku ingat dia tangkap ikan kod gergasi menggunakan tali dan mata kail gergasi..rupanya joran..
Astaghfirullah...
amalina - oh tidak, perlukan joran. river monster punya ikan ni
pak lang - ..
perenggan ketika buat aku ingat sama bidiyo klip chinta
sepanjang baca cerita ini aku menanyi lagu iklan skot emolsyen ( versi edit ) :
( versi asal )
memancing dengan ayah ku rasa bertuah
pulang sebelum hujan
ibu menerangkan kami ada kawan
bernama skot emolsyen
versi edit
memancing dengan atok
ku rasa mengantok
pulang sebelum kena ketok
ibu menerangkan kami ada atok
bernama tok belatok
* sebenarnya aku lupa dah rait ke belum. itu ja*
oh..
makwe - komen pertama tak paham
komen kedua oh ada versi lain ye. aku cuba cari iklan zaman tu kat utiub tapi aku kecewa kerana yang ada hanya iklan2 versi baru
oh paham dah komen pertama. haha memang pengaruh daripada situ pung
biasalah, jari lari elaimen , nak cakap ketiga sebenarnya..bukan ketika
dji sam soe?aku macam kenal batangan tuh.
hantu - ya memang kau kenal haha
Rokok Dji Sam Soe, tak sakit tekok ke bang hisap rokok tebal nak mampus tu. surrender aku. haha nice entry. scott2...
dji sam soe tu tak ada signifikan apa2 pun. ia muncul sebab aku buat entri tu lepas aku baca satu buku di mana (kalau memori tidak khianat) watak utamanya hisap dji sam soe
Post a Comment