Akhirnya hilang sabar, Aberdus secara spontan menghempas kepala ke skrin monitor. Prang!! Kretis kretis! Bzzt bzzt! Bzzt bzzt! Menggeletik-geletik dan akhirnya kaku. Seluruh perumahan berkelip-kelip dalam satu koreografi terancang tapi itu sahajalah.
Tidak!!
Aku gemuk bukan sebab aku suka makanlah!! Aku cuma kesiankan mak. Penat dia masak kau tahu?!!
Kah Kah Kah Kah!!! (ini gema ketawa quasi-satanik Citah yang sedang menghayun cemeti berapi)
Poof!!
Matahari sudah menancap menerangi bilik, kerlingan pagi yang memang tepat ke tingkap. Kepala Aberdus masih lagi terbenam dalam monitor CRT 17 inci, ada awan ada asap ada bau hangit. Aberdus cuba berdiri tapi monitor tu berat sangat. Tidak mahu tarik keluar kepala sebab khabarnya skrin monitor ada kecenderungan saikotik kepingin memenggal kepala dengan gergaji rantai. Ramai orang dah kena. Hari ini Aberdus ambil EL.
Di luar, dari Padang Besar sampailah ke Tanjung Piai, semua orang sudah berkepalakan monitor. Dengar-dengarnya mereka kini tampak lebih kurus, lebih cerah, dan lebih licin kulitnya.
Rabu hadapan, mereka akan tumbuh ekor pula. Woof woof! Semoga tidak bah.
Abaikan, kata Citah. Dia memang suka cakap macam tu.
33 comments:
mohon pinjam cemeti berapi dari Citah
[ lupa rait . deng! ]
" Tidak!! Aku gemuk bukan sebab aku suka makanlah!! Aku cuma kesiankan mak. Penat dia masak kau tahu?!! "
Eh ni macam dialog aku pada para pengkritik.lulz.sama
makwe - mana gua tahu citah simpan mana
mentega behel - hahahahha.
'betul apa. lagipun membazir itu amalan sheitan,'ujar aberdus
gua kira lu kenal sama citah, makanya gua mohon lu mohon pada beliau untuk gua pinjam cemeti berapi itu
citah tu pakai tudung ada bunga besar, sama geng dgn lu la makwe. gua ingat lu dgn dia kamcing
lu salah. gua tak kenal mana satu citah. apatah lagi nak kamcing
gua pun.yg gua tahu dia budak degil aberdus kenal kot
lu cakap citah suka cakap abaikan. dan lagi lu tahu dia degil, kira lu kenal lah jugak.
ke lu tahu dari aberdus?
jeng jeng jeng
* kamera zoom dan mata membulat *
mata mu ke yg membulat tu
yes, mata membulat dalam topeng
kenapa dalam topeng
dah memang bertopeng ni kan? kan?
oh paham paham (kot)
haha
perangai serupa aberdus. suka kacap ada ( kot )
sapa aberdus
lelaki kepala asap yang kesarang dah jadi lelaki kepala nomitor
owh
macang kenal
tapi dia jenis suka buli orang. padan muka dia jadi begitu sekarang ni.
oh, padang muka dia juga
padan muka semua orang
sedap nama aberdus.
shu - tu nick member saya masa zaman batu mirc. kiranya cerita djaman dinosor jugak la ni haha
Peringatan : jangan buat perkara2 lagho spt di atas...sekian.
aberdus?
aku teringat albus dumbledore.
macam kombinasyen
pak lang - perkara lagho seperti yang kau sedang buat sekarang hahaha
mira - haahhahahah agaklah tapi itu nick member aku kat mirc zaman awal 2000-an dulu, kalau masa tu cerita heri poter dah wujud maka tak mustahillah dia terpengaruh
bodoh amat aberdus!
ophan - kah kah kah, agaklah. kita semua pun
aku pernah beikan cameo pada seorang lelaki yang aku suka pada suatu masa dahulu.
apa bendakah cameo yang kau hadiahkan itu
haha...
Post a Comment