Aku bersekolah di Perak selama 5 tahun dan ini adalah kisah di sekolah tersebut, tentang hostel aku ketika tingkatan 1 - sebuah bangunan 4 tingkat berwarna krim lusuh berlumut.
Tingkat bawah bangunan itu hanya dibiarkan kosong, mungkin kerana daerah tersebut cenderung untuk banjir. Oleh sebab itu hanya 3 tingkat saja yang dijadikan dormitori.
Setiap tingkat ada 3 dorm dan setiap dorm ada 10 buah katil 2 tingkat. 5 buah katil disusun bersebelahan manakala 5 lagi disusun setentang, bagaikan refleksi pada cermin. Jarak antara dua baris katil itu lebih kurang 2 meter.
Setiap dorm ada dua pintu jadi maknanya setiap tingkat ada 6 pintu.
Kecuali di tingkat teratas. Di tingkat ini hanya ada 2 pintu, masing-masing di hujung kanan dan kiri bangunan. Untuk kompenset dengan ketiadaan pintu itu, setiap dorm di tingkat ini dihubungkan dengan lubang separuh bulat besar pada dinding. Jadi jika kau berdiri membelakangi dinding terhujung tingkat itu kau akan boleh nampak terus ke dinding paling terkesana. Nampak macam sebuah terowong untuk satu mod transportasi inter-dimensi kan.
Ya, memang betul pun itu terowong. Cuma ia bukanlah untuk satu mod transportasi inter-dimensi, tapi benda lain yang lebih kurang sama majisnya.
Kata senior, setiap 13 tahun sekali sebuah keretapi akan melalui terowong itu dan akan tiba tepat-tepat pada jam 12:13 tengah malam. Jika pada tika itu kau berumur 13 tahun dan masih belum tidur kau akan mendapat sekeping tiket untuk menyertai perjalanan keretapi itu dan hanya akan turun selepas 13 tahun, waktu sebenar. Yang koolnya, apabila kau keluar dari keretapi itu umur kau masih lagi 13 dan kau hanya merasai perjalanan selama 13 minit. Ajaib bukan? Tapi senario itu hanya akan berlaku jikalau kau duduk mengadap ke depan.
Kalau mengadap ke belakang pula proses itu akan diterbalikkan. Kau akan melalui perjalanan selama 13 minit dalam waktu sebenar tapi di dalam keretapi kau akan rasa macam 13 tahun. Usah khuatir, dalam keretapi ada cukup lengkap dengan internet super pantas dan makanan enak. Kau tidak akan terasa langsung masa itu berlalu. Apabila kau turun dari keretapi, kau sudah berumur 26 tahun.
Secara kebetulannya batch aku ialah antara yang bernasib baik dapat merasai tahun ke 13 itu pada umur 13 tahun.
Ok, itu saja ceritanya. Dah habis.
Jika kamu menjangka ada yang menaiki keretapi itu maka kamu silap kerana hari yang bertuah itu jatuh pada cuti pertengahan tahun jadi semua orang balik kampung. Malah aku secara personalnya berharap ada seseorang telah menaiki keretapi itu tapi oleh kerana dia masih buntu dengan pilihannya maka dengan mengadanya dia akan bertukar-tukar mod tempat duduk sepanjang perjalanan. Perihal ini telah menyebabkan jam biologinya keliru lalu dia telah keluar sebagai seekor/seorang zombi dan telah menggigit semua penghuni hostel.
Tapi tidak, itu tidak berlaku. Aku kecewa.
20 comments:
takpe syun, kames ni kau boleh masok terowong lain
Kalau aku zombie tu, aku makan otak kau je.
Tapi tidak, itu tidak berlaku. Aku kecewa.
awesome
wadi - kenapa kamis
amalina - nampaknya kau masih berselera dgn otak aku haha
klohv - terima kasih mokcik
up kat tv 3 lah, slot cita seram khamis malam jumaat tu
makwe - slot cerita terowong yg tah apa2 itukah? sedih aku, rashid sibir patut kekal dgn cerita sedih saja. cerita hantu mmg bukan kepakaran dia
amalina - deng
sebenarnya aku tidak penah tgk sekali pun.
makanya, sila ganti tempat beliau utk slot itu
makwe - tak mahu, sebab ini bukan cerita hantu
tapi buleh dikaitkan dengan seram .
alah, macam lah kat tv tu seram sangat. mintak maap ye oraa tv
tapi tetap takde unsur2 paranormal sebab takde sorang pun yg dapat mengesahkan cerita ini
jadi setakat ini cerita ini hanya boleh masuk slot cerita dongeng
hah..sementara cuti sekolah ni buleh lah up kat tivi. kita lawan kesah dewa kaladri.
dewa kaladri tu sapa la pulak
KAMEN RIDER DEN-O !
dewa kaladri tu kamen rider den-o ke
dalam versi superhero
mungkin
http://www.mnctv.com/index.php?option=com_content&task=view&id=76&Itemid=60
ini rupanya dewa kaladri. deep betul makwe ni hahahha
maka bershukurlah kamen rider den-o kau dah terlepas daripada tuduhan songsang ini pak lang
oh...ya kah? tp alangkah cilakanya aku dah buka tp tak dapat tengok rupa dewa kaladri itu...ahh...aku sangat tak berpuas hati!
oh ada gambar ye, tak perasan pulak aku
tp apa2 pun kisah kaladri sesuai dan seiring dgn drama atau cerita2 dongeng indonesia
ya sangat
lagi2 di musim cuti sekolah ni
Post a Comment