[versi sama dengan zsm]
Kisah ini berlaku ketika aku tengah makan coklat Cadbury sambil menonton drama Leverage kat televishen gemuk.
Sisi televishen gemuk aku telah terberai dan dari situ terpacul keluar satu kaki hitam berbulu. Nasib baik tengah iklan maka aku tidak terengsa sangat. Aku pergi jenguk dekat sikit.
Ada seorang bai kurus yang amat dalam televishen gemuk aku, memakai sebuah helmet yang berselirat wayar pelbagai warna, hanya dengan berseluar dalam. Di sekelilingnya penuh dengan butang-butang aneh pelbagai bentuk, saiz, juga warna yang berlabelkan bahasa Jepun.
Bai itu membebel-bebel dalam bahasa yang bunyinya macam Hindustan tapi tak lah Hindustan sangat sambil menunjuk-nunjuk bahunya yang berdarah teruk dan satu bucu besi yang agak tajam, dalam televishen gemuk aku.
Aku agak bersimpati dengannya maka aku jahit lukanya dengan benang kuning mak aku dan membalutnya.
Tanpa disangka, bibit-bibit persahabatan pun terjalin. Walaupun saling tidak memahami secara lisan, kami telah kompensat kekurangan itu dengan kelebihan kami memahami bahasa tubuh. Kami ketawa, kami senyum, bertepuk tampar, dan minum teh. Babak menangis pun ada diselitkan sekali.
Ah, begitu cepat masa berlalu. Iklan sudah habis rasanya. Aku tinggalkan kawan baruku kemudian menutup sisi televishen gemuk aku yang terberai itu dengan masking tape, berkira-kira mahu sambung tengok Leverage. Tapi lintar dah lama membaham karan rumah aku.
Aku masuk kembali ke tempurung kesayangan dan sambung baca zine Televishen yang baru dibeli di Frinjan tempoh hari.
36 comments:
mohon Aku ribiyu Televishen
mohon Aku ribiyu Televishen
ni nak promosi apa lagi ni...???
zine televishen ada lagi kah?
tp aku dah memiliki koleksi zine zsm
sekian.
makwe - mohon makwe yang ribiyu sebab Aku lagi suka tonton tibi
pak lang - tak lah. saja je di up sekali lagi sebab secara personalnya aku suka entri ni
bai kurus?
makwe tu pun sebenarnya lagi suka tonton tibi. ribiyu ribiyu ni dia selalu gagal
cikgu - ya, seorang bai yang kurus dan gigih bekerja
bekas cikgu - makwe itu mmg malas kan
makwe itu memang malas tapi tak lawan malas Aku itu
macam gua la kan?
bekas cikgu - aku dapat baca part makwe itu mmg malas.
cikgu - YA! hahaha
Aku itu lagi malas dari makwe
bekas cikgu - la la la la
maka diandaikan la la la itu tanda setuju
maka diandaikan tahun depan bekas cikgu mahu kembali mencikgu
hanyaaa takdirr menentukan iaa....
semakin lagha...
makwe tu semasa mencikgu dia mmg lagha
makwe itu tidak pernah mengajar perkara lagha kepada murid dia
mungkin mu kena bagi diorang makan bayam macam wadi buat haha
keh keh keh...bab tu hanya wadi saja yang cempiyen
dulu cikgu makwe bagi reward apa kepada anak murid yg dapat jawab soalan. jgn beger sudahla
rahsia
beger, tak pun ugut tanak basuh berak
salah. rahsia tetap rahsia.
maka aku akan tembak ugut tanak basuh berak, jadikannya sebagai kenyataan dan sebarkannya kepada para marhaen
tahniah! anda telah dilantik menjadi editor kanan utusan. esok mula kerja. ok?
belum lagi sebab aku belum selit ketuanan melayu
jadi, anda tolak tawaran ini?
[ serupa berbual di ruang mukabuku ]
bukan tolak, cuma masih mengasah keris
sila laporkan diri esok. bos boss lagi suka kalu asah keris depan dia
besok banjir. malas, mahu tidur saja
patutla macam pernah baca..
ada macam sentimental value juga sebenarnya. oh tidak, bukan merujuk pada rujukan pada zine aku di hujung cerita.
promosi tak malu itu diwujudkan atas permintaan ketua kampung zsm
bukan..aku maksudkan kau pernah post cerita ini sebelum ini kan?ke dejavu aku?
dan juga desakan syaiton yang membisik ke telinga aberun.
amalina - yap, di zsm
pak lang - err
Post a Comment