[untuk cikgu wadi]
Assalamualaikum, satu suara parau telah mengejutkan aku daripada trance bahana menonton perubahan imej pada tingkap keretapi.
Seekor kura-kura tua antropomorfik yang segak bertuksedo tapi memakai kep biru gelap berinsignia kepala arnab sedang menghulurkan tangannya kepada aku. Aku sambut tangannya yang kering dan sedikit menggerutu itu, senyum sedikit kemudian kembali mengalihkan pandangan ke luar.
Aku dalam perjalanan dari Utara, ingin pulang ke kota setelah melawat rakan yang meninggal akibat pneumonia. Kura-kura tua di sebelah aku itu tidak putus-putus menghembus asap daripada paipnya yang aku agak-agak ada lah sekaki panjang. Aku tak kisah pun, melarang apatah lagi.
Nama kura-kura itu Jose. Dia akan menggigit jari aku setibanya di Tapah.
**
Di tempat merokok tidak rasmi antara gerabak :
Zombi yang 'paras' rokok dengan aku itu memberitahu bahawa selang beberapa tahun sebuah keretapi ajaib akan melalui kampungnya. Orang tua-tua kata keretapi tu sebenarnya mesin masa.
Mata kiri zombi itu sudah terkulai dari soket, kulitnya sudah mereput dan dagingnya sudah membusuk. Kadang-kadang ada magot jatuh dari celah kaki seluarnya.
Katanya lagi, satu hari nanti apabila badannya sudah kondem dan tidak sesuai untuk didiami, rohnya akan bergentayangan mencari konteiner baru. Mungkin sebuah ketuhar gelombang mikro, mungkin juga sebuah alat kawalan jauh.
Selesai merokok aku tawarkan dia makan bayam.
**
Wei, apahal kau ni?
Gigi Jose sudah terbenam dalam daging aku. Mulutnya terkumat-kamit mengomel sesuatu yang aku tak berapa dengar sangat. Yang aku sempat tangkap hanyalah perkataan hidup dan mimpi, apa saja maknanya tu.
Aku hanya mampu mengetap bibir, menahan sakit juga air mata, sabar menunggu lintar memanah.
Sudah tengah malam. Keretapi aku masih belum sampai destinasi.
Choo.
Choo.
33 comments:
ni sebenarnya nak pegi mana ni?
kawe kan ore kl, mestilah kelik kl
aiseh, macam lupa nak tanda rait ja
ya kau lupa
ah..salah rupanya soalan aku
bunyi soalan yg sebenar :
ni dari mana nak pegi mana ni?
dari sebuah negeri di utara (yang sengaja dirahsiakan oleh narator) ke kl
tujuan dirahsiakan?
harap2 bukan kedah
makwe - adalah
pak lang - mungkin juga hehe
rahh...aku juga harap aku bukan rakan yang meninggal akibat pneumonia
dan kenapa kura-kura bernama Jose itu dia akan menggigit jari kau setibanya di Tapah?
tempat lain tak boleh?
perangai serupa artis
HAHAHAHA. ni betol superb. kenapa menghisap paip? aku konpius pulak. nasib ade bayam. HAHAHA. aku suke :))
pak lang - keperluan cerita haha
makwe - biasalah
wadi - sbb walaupun dia seorang yg aneh kerana memakai tuksedo dengan topi besbop, aku harus menginjek sedikit kebijaksanaan, tu yg ada paip. kura2 tua yg hisap paip nampak bijaksana aku rasa
choo choo.teringat Thomas & Friends.anak buah aku ulang2 cerita tu sampai telinga aku berdarah.aku agak tertekan.
aku syak 'aku' ialah sedikit jambu.
kura2 tu hisap candu sebenarnya
ini macam :
http://www.google.com.my/imgres?q=chinese+bong&um=1&hl=en&sa=X&biw=1280&bih=929&tbm=isch&tbnid=kroBcIyfQxxdSM:&imgrefurl=http://washingtonbureau.typepad.com/china/2008/12/more-on-chinas-wacky-weed.html&docid=sFC9D6XojZAkJM&imgurl=http://washingtonbureau.typepad.com/.a/6a00d83451c64169e201053630af7b970c-500wi&w=500&h=333&ei=8H7UToiEKZHOrQe1oNGHDg&zoom=1&iact=hc&vpx=753&vpy=160&dur=5&hovh=183&hovw=275&tx=139&ty=81&sig=107669816533766171126&page=1&tbnh=145&tbnw=191&start=0&ndsp=34&ved=1t:429,r:4,s:0
sengal cite ni.. haha.. best..
kak wadi? -,,-
klohv - kah kah kah. nasib baik anak buah aku bukan begitu.
jambu? mungkin. atau mungkin dia seorang yg suka mengelamun dan berangan dan jose sebagai kura2 tua yang bijaksana menggigit dia untuk menyedarkan dia. mungkin hehe
pak lang - paipon kah
zul - haha terima kasih
kura - eh ni kembar wadi ke apa
pestaim singgah sini..
cerita kura-kura yang menarik!
aku harap ada sambungannya.. haha
faaein - terima kasih
sambungan bergantung pada teruja dan idea hehe. selalunya 4,5 bulan lepas ni
syun, kura tu kembar lain ayah dan mak. hahaha. jom buli beliau
hahahahha
pe tah minat benar dgn kura2
bukan comel pun
oh!baru aku tahu wadi itu cikgu, patutlah aku tengok headernya aku selalu pertikaikan kenapa pakai nametag.
bila kau kata kau jumpa kawan di utara yang meninggal itu aku serta-merta membayangkan pak lang.yang lawaknya bila aku baca komen pak lang, aku tergelak.
ok, ini lawak bagi aku.
maksud aku header wadi yang sebelum ni..
hahaha
header wadi yg sebelum ni gambar apa
betol la cakap amalina tu. header b4 ni gambar pempuan pakai nametag. ade entri b4 ni. kalo kau rajin carilah
tak jumpa2 maka aku terus serender
eh header tu mmg mu lukis ye
ya...paipon...kahkah
ahh... aku bukan rakan yang meninggal akibat pneumonia tu dan aku harap aku tak terlibat dalam kisah ini
sekian.
*terbayangkan cikgu wadi dgn kura2 tua dan juga bayam2nya...hahaha
oh jangan risau pak lang, bukan kau
kalau kau mmg aku letak nama terus haha
ha.aku yang aku ingat header tu ade blogger yang hadiahkan..
pak lang, aku cuba bayangkan kau saja..sebab kau yang paling dekat aku bley tangkap untuk pegang watak tu dalam penceritaan ni..
amalina - utara je mmg terus kena kat pak lang la ye. malang nasib pak lang hahahha
aku sebuah kereta api.
shu - hehe, saya faham
Post a Comment