Nov 26, 2011

kehangatan pada muncung revolver

[esaimen (lebih kurang) daripada mira, dengan tajuk, 'this kerayyzee thing called love has driven someone nuts']


Katakanlah sudah 5 hari kau tak tidur. Jadi kau ambil keputusan untuk pergi memandu tanpa hala tuju, sambil menyenggamai musim bunga inaugural Semenanjung Malaya (Sabah dan Sarawak dari tahun lepas sudah salji), untung-untung boleh jadi remedi. Dengar-dengarnya tarikh hari ini akan dijadikan cuti umum pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.

Dengan hanya berbekalkan sebungkus besar kacang kuda yang tidak habis malam tadi dan dua pek Marlboro Light yang sudah 3 hari ternganga, Datsun 120y kau merengkuh lebuhraya, dari Johor Bahru sehingga ke sebuah jambatan yang terletak betul-betul selepas R&R Sungai Perak, tanpa berhenti langsung.

Sepanjang perjalanan radio hanya pasang lagu Happiness is a Warm Gun dari The Beatles, mod ripit sampai mampus. Sambil-sambil mengunyah kacang kuda serta menghalau seekor lipas yang cuba turut serta, kau baca sms-sms mendayu daripada dia. Kau cuba baca isyarat matanya dalam galeri gambar. Kau ketawa berdekah sampai menitis air mata. Asalkan kelenjar tiris sikit saja kau tidak teragak-agak langsung untuk letupkan terus empangan dan biarkan saja airnya menenggelamkan t-shirt Kurt Cobain lusuh, berserta hingus segala. Kemudian kau ulang balik semua, tidak semestinya dalam sikuens itu.

Happiness is a warm gun, 
Bang bang shoot shoot.

Kau capai revolver 1836 Colt Patterson dalam kompartmen rahsia di bawah tempat duduk sebelah dan menghalakan muncungnya ke mulut, diacu sedikit ke atas. Inilah dia penamatnya. Kau petik picunya dan...

Kretis! Api pun menyambar sigaret Dunhill (eh, macam mana boleh terselit Dunhill ni) yang sedari Gopeng sudah diapit bibir ungu gelap.

Bang bang shoot shoot.

Kah kah kah! Puhhhhhhh.

Datsun 120y masih meluncur di atas jambatan, nun di bawah sana ada sungai deras. Kau melepaskan stereng dan menurunkan tempat duduk. Tangan kanan di belakang kepala, tangan kiri sekejap di bibir mengumuhi nikotin yang sudah payau masuk angin, sekejap menjentik habuk ke seat sebelah. Kaki kau labunkan di papan pemuka. Buat masa ini kereta kau hanya dipacu formula jisim darab velositi saja.

Kereta semakin ke kiri. Kau tutup mata, membiarkan obskuriti menelan sambil mengukir senyuman paling manis yang mampu diregang oleh otot muka kau. Bersedia untuk membuat terjunan.

Tapi belum apa-apa Datsun 120y kau sudah tersengguk-sengguk, dan terhenti. Celaka, minyak habis pula.

Kau buka mata. Kau ialah sebiji bulatan kekuningan yang dikelilingi bebulat kekuningan yang serupa, bersepah sini sana di atas sofa pasca empuk. Aroma kau sangat familiar, sedap untuk dikunyah sewaktu menonton perlawanan sepak bola nusantara.

Di hujung sana telah muncul dua sesungut gergasi yang bergerak ke kiri dan kanan, macam antena. Yang diikuti dengan sepasang kaki berbulu. Entah kenapa tapi kau pasti ada 2 pasang kaki berbulu lagi akan menyusul.

Nampaknya raksasa ini sudah nampak kau sebagai brunch. Kau cuba lari, tapi kau hanya tergolek. Cuba lari lagi. Tergolek juga. Ah, binawe, kau terlupa pula. Kau jenguk keliling, cuba mencari salveshen. Di kanan kau ada 'kau' yang bert-shirt Kurt Cobain lusuh sedang memandu pada kelajuan 110kmj sambil mengetik-ngetik telefon bimbit. Kau menjerit bahayalah bodoh tapi bukan 'kau' dengar pun. Makhluk bersesungut sudah menerkam...

....is a warm gun, YEAHHHHHH

9 comments:

Wadi AR said...

nasib makhluk sesungut. ingat makhluk bercangkerang td

ahmad said...

kah kah
risau benar dgn kura2 nya tu
first ye cikgu

Wadi AR said...

hee. kura natang kesayangan. tak perasan gua rini first. ade dapat hadiah tak?

ahmad said...

hadiah?
harapnya, kalau otak ini masih berfungsi, entri selepas ini ialah untuk mu, cerita tentang kura2

boleh? haha

± said...

kah kah kah...
kurt kobeng tentu bersimpati. takpe, cuba lagi

Wadi AR said...

serius kau nak buat? haha. entah, ikot kamu la sedare. gua tak kesah pon

ahmad said...

hanip - haha tula pasal. buat penat je pakai tshirt kurt kobeng, konon2 mahu jadikan inspirasi

wadi - insya allah. aku try la kalau2 sel2 dalam otak aku semakin berhubung hehe

Päk Läng said...

dengar kata kurt kobeng tak mati bunuh diri, tp mungkin dibunuh

para grungers tegar juga beranggapan begitu

mungkin

ahmad said...

ya. ada orang syak courtney love yang bunuh dia