Menurut sejarah, temannya yang paling rapat ialah Poe. Ya, Poe itu, bukan Poe lain. Setiap pagi sesudah sarapan Poe akan muncul di depan pintu apartmen milik t-rex yang tidak diketahui namanya itu (setelah beratus tahun berlalu pendapat sejarawan masih bercanggah antara Fatimah Ali dengan Reynolds). Mereka akan berbual sampai tengahari.
Satu hari (ada yang berkata 6 Oktober 1849 tapi seperti biasa akan ada pertikaian antara sejarawan yang mahu merebut pengiktirafan) Poe muncul dengan muka orang kebulur. Si t-rex menjemputnya sarapan bersama.
Poe bertanya,
"Aku hairanlah. Kau ni dinosor yang besar. Macam mana kau boleh makan tanpa menyebabkan bencana dalam skala trajedi?"Jawab t-rex,
"Aku ni seekor t-rex dan sebagaimana yang kau tahu t-rex only eats fellow dinosaurs. Untuk mengelakkan panik di kalangan masyarakat, dan yang paling penting untuk menghormati jiran sebelah, aku telah gumpal-gumpalkan dinosor-dinosor itu dalam bentuk cereal comel berwarna-warni, seperti yang kita akan makan sekejap lagi."Esoknya pada 7 Oktober 1849, Poe meninggal atas sebab-sebab misterius.
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang bertembung dengan seekor t-rex bohemian di tengah-tengah bandaraya Manhattan, sebagai seorang samaritan yang baik tegurlah dia kerana dia seekor dinosor yang lonely. Tapi tolaklah pelawaannya untuk bersarapan sekali kerana dinosor memudaratkan kesihatan anda, walaupun dalam bentuk cereal comel.
11 comments:
INI DINASOUR ITU --->
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150405502918996&set=a.428384538995.235212.836933995&type=3&theater
hemm. gua ragu ragu pule nak bace. dinosor bukan baik ape
pak lang - pandai. bak apa yang wadi kata selalu, nah bayam haha
wadi - mmg baik pun, bukan dia yang makan/bunuh poe. dia cuma tak tahu manusia tak boleh makan dinosor, manusia kena makan bayam hehe
err..aku nak bayam masak lemak boleh?
wadi tu pesen manusia pemakan bayam kah?
pak lang - wadi tu pesen cikgu yang mereward anak muridnya bayam jika dapat jawab soalan.
satu hari nanti salah seorang anak muridnya akan jadi popeye dan selamatkan seorang makwe kurus bernama zaitun daripada kejahatan bluto
awak jangan comel sangat macam ni. nanti saya jadikan awak cereal dan jamu pada abg poe.
kah kah kah
sapa suruh menggalakkan perbualan yang aneh itu tempoh hari
si wadi tu bg bayam pd anak murid sbg reward? habis anak murid beliau jd popeye
itu kalau dia bg betik tak ke jadi papaya anak2 murid dia tu
pelik benar pesen nya...haihhh
bayam ialah sihat ye pak lang, dan menggalakkan budak2 makan sayur hahhaha
aku rasalah
adakah kau menulis cerita ni dalam keadaan stone-free? muskil..
hanip - substans yg plg dekat aku boleh capai untuk stoned ialah ubat selsema. hahahha
lagipun jgn kagum sangat. cerita ini sepertimana tajuk ialah hasil perbualan dalam fb dgn fatimah ali di atas.
kalau sapa2 yg stoned itu mungkin dia hahhaha
Post a Comment