Nov 16, 2011

teorem glokenspiel

indeks positiviti H jatuh merudum. benaknya menjerit revolusi. H kata dia dah bosan tinggal di Greenwood 'kurus keding muka cekung', Kota Lumpur. cikai benar rasanya. jadi H pohon pindah ke new Yorke, tinggal bersama seorang jejaka paranoid yang H sangat yakin sebenarnya ialah sebuah pemain vinyl vintaj dari masa depan. pasti ada ramai gadis sosialit berjimba di sana, tidak pun grupis, atau makhluk mitos, mana satulah. di Greenwood hanya ada pseudo-anarkis dan kuih bangkit, bukanlah habitat ideal. Jadi jika ada di kalangan bulatan sosial kamu yang bertanya kenapa H pindah dari Greenwood ke new Yorke - sambil mengalunkan coda 'Let Down' secara impromptu dengan Zx Spectrum - bolehlah kamu selitkan kisah ini.

19 comments:

Wadi AR said...

terasa gua yg kering lg kurus ni.

ahmad said...

hhahahahha cerita pasal org lain la mokcik

oh, first lah hehe

mirachantek said...

aku selalu pergi stesen minyak shell greenwood.

ahmad said...

aku tertanya siapakah yang drive hehe

Wadi AR said...

hee first kebetulan je tu bro. lepas ni musti kebawah blk

Amalina said...

:(

perempuan said...

Ah Greenwood.
Tempat aku membesar.

ahmad said...

wadi - berusahalah lagi cikgu haha

amalina - err kenapakah

perempuan - :). greenwood bukanlah tempat aku membesar, kebetulan greenwood ialah nama gitaris (juga glockenspiel, radio transistor, keyboard, ondes martenot) utama satu kolektif pemusik bernama radiohead

Amalina said...

aku sedih H mahu pindah ke new yorke.

ahmad said...

owh
haha

Martini Muaz said...

H untuk...
hehehe. he. he.

Greenwood rocks lah sebenarnya.

ahmad said...

cik ku - nok jugok tu hahahha

ok biarlah aku terangkan perihal sebenarnya apakah cerita ini

thom yorke dan jonny greenwood ialah 2/5 daripada sekolektif lelaki yg digelar radiohead. mereka yg lain sentiasa membuat lawak tentang thom yang telah mencuri h daripada nama jonny. ini ialah rapu berdasarkan premis itu.

ya, aku sgt obses dgn radiohead

jadi kepada sesiapa yang tinggal di greenwood atau ada nostalgia menyenangkan di situ aku mohon maaf berjuta. sesungguhnya tiadalah niatnya untuk menjatuhkan taraf tempat itu.

sekian

± said...

bercakap ttg idola kau..yup,yg menghidupkan radiohead itu adalah jonny walaupun ditenggelami dgn attitude tom yg kelihatan lebih menyerlah

pemuzik yg genius dan aneh..

ahmad said...

aku setuju. jonny paling pawe weh

biasalah, thom yorke kan frontman. frontman perlu ada attitud yg outrageously weird. yang aku perasan gadis yg layan radiohead pasti paling sukakan dia

ghost said...

weh nasyrun..

aku pun suka gadis sosialit tau..

± said...

hahaha..aku baru baca komen kau yg kat atas tu. barulah faham misteri h tu..ini memang lawak

ahmad said...

hantu bisk - siapa yang tidak hehe

hanip - la, aku ingat bila kau keluarkan pasal jonny dan thom tu kau dah baca hahah

Päk Läng said...

jo(h)nny greenwood

to(h)m yorke

pehh...suatu perihat cerita yg power!
thom yorke power kerana sentuhan seni jonny greenwood...dan radiohead power kerana sekolektif lelaki di dalamnya, itu la 'band'...sekian.

ahmad said...

setuju
sekian