ada satu taman, seekor sotong gurita di tengahnya. setiap perubahan musim, sotong gurita akan mengubah lanskap, fil dan aroma taman itu.
sangat konvenien rasanya dengan 240 penyedut di setiap tentakelnya yang berlapan itu - bagaikan mesin, berpusing semacam karosel di taman ria, mencabut pohon daisi di tepi tasik dengan penyedut kelima pada tentakel pertama dan menggantikannya dengan pohon lili di penyedut kelima belas tentakel yang sama serta meratakan bukit dengan tentakel kelapan yang pendek sikit daripada tentakel lain.
tapi itu dulu. selari dengan kepesatan teknologi bio-kimia dan arsitektur telah diwujudkan satu lubang halus untuk tiap tentakel. gunanya? untuk setiap pengubahan lanskap, fil dan aroma taman yang diperlukan cumalah satu injekan tentakel (yang telah diletakkan satu jarum hipodermik di hujung) ke dalam lubang yang dikhaskan dan bling! tahu-tahu sahaja segalanya sudah berubah.
bezanya yang ini hanya ada 8 jenis 'perisa' sahaja berbanding dengan cara manual sebelum ini yang sepanjang tempoh perkhidmatan sudah mencecah 24,301.
begitulah sedikit penerangan tentang si sotong gurita miniatur yang ber-ic merah di tangan Kasyful Azizan. Sotong gurita dengan kelapan-lapan tentakel di kelapan-lapan lubang yang tersedia pada pelipat lengan Kasyful Azizan yang sudah tergolek tiada nyawa dengan mulut berbuih.
25 comments:
sotong kalalu dilapah dan goreng sedap
wow first haha
sotong best juga dibuat babikiu
haha. kau mengedog ke ape ni? aku ingat aku paling last sekali. betol dan sedap diratah tanpa dicicah cicah
tak mengedog sbb sepertimana yg kau tgk tiada komen lain di atas komen kau yang pertama itu
kau mmg teruk sebab buat aku lapar
aku pernah menonton satu rancangan bertajuk untamed.seekor sotong kurita menyerang seorang diver.sotong kurita itu menutup salur udara penyelam itu.dan cuba mengigitnya.yaa, sotong kurita ada gigi, ditengah.di bawah kepalanya.
nasib baik diver itu selamat akhirnya.yang pasti nama diver itu bukan Kasyful Azizan.ya, sangat pasti.
bijak gila, boleh pulak ia tau tutup saluran udara
aku benci sotong kurita
dan menu dewan makan ketika
di asrama sekolah teknik dulu
dan kalau kasyful azizan itu
adalah abang dewan makan, aku
benci dia jugak. sekian.
aku suka sotong.
emm. [drooling]
apalah mati mulut berbuih. terlebih dos ke masa ambil ubat tidur?
aku tak rasa menu makan kat msia ada sotong gurita, sotong cumi-cumi adalah
sotong gurita sebagai menu makanan adalah menakutkan, macam ni
http://www.youtube.com/watch?v=LzJEGqek3TQ
mira - kita dah buat perbincangan ini dulu kan. dan ada extras ketam hehe
ya overdos. kelapan2 tentakel sotong gurita dgn jarum hipodermik di hujung mencucuk lengan kasyful pada masa yanng sama hehe
ahah. sudah ku tahu obedos....
macam biasa mu mmg pantas hehe
sbb tu lah aku benci menu kat
dewan makan sekolah teknik dulu
dalam kebiasaan sotong biasa tu
ada tersesat seekor sotong kurita
berskali kecil dlm trail makanan
aku...ah, cilaka...! bagi kucing
dia lari! errrrr...meloyakan.
*sotong dlm yong tau fu sgt sedap
dan aku sangat2 menyukainya...!
gila aneh boleh sesat sotong gurita. mmg sgt aneh, macam dalam muvi seram.
aku imejin masa kau nak makan tu tiba2 dia belit muka kau dan kepala kau yg kena makan
lepas tu kau akan bergaya dgn kepala sotong kurita
cilaka apa kepala sotong!
hahaha...kau igat davy jones
ke apa kepala sotong!?
tp cerita sotong kurita berskala
kecil dalam trail makanan aku tu
adalah kisah benar. dah la sotong
berbau, terus ramai2 buat rusuhan
dgn menterbalikan trail di atas
meja! puas hati aku...hahaha
hahha
aku yakin ni konspirasi freemason
semalam aku sedang makan bersama kawan aku,tiba-tiba aku gelak sorang teringatkan komen pak lang katanya menu dewan makan sotong kurita.mane pernah menu dewan makan sekolah di malaysia menyediakan sotong kurita.
bila aku baca sambungan komennya hari ni, ia jadi bertambah lawak kerana pak lang begitu pasti dngan apa yang diperkatakan.hahahahaah!
amalina - itula pasalnya, aneh bukan. mula2 aku ingat dia bergurau sbb aku pun budak asrama juga, aku sgt pasti sgt tak lojik ada menu sotong kurita. tapi pak lang sangat yakin maka aku agak terkejut
nampaknya kalian kurang faham akan
cerita aku di atas...sebenarnya
sotong kurita berskala kecil tu
adalah satu2nya sotong kurita yg
yg tersesat dikalangan sotong2
biasa dan ia terjadi di dalam
trail makan aku...huh!
hahahah
hahahahah!sotong kurita berskala kecil tidaklah sekecil mana pun sampai bley sesat dalam tray kau.aku rasa tu adalah sotong kembang tu.kurita sangat besar wey..
hah!
camne tu paklang
google lah sotong kurita
atau tonton di youtube
dan mereka mengelarnya
sotong kurita dan si paul
kononnya peramal dlm piala
dunia itu juga di panggil
sotong kurita....sekian.
aku rasa semua orang tahu apa itu sotong kurita wahai encik
hehe
kehkehkeh
Post a Comment