Oct 26, 2011

lelaki invisibel

Makin hari Pian makin tidak kelihatan. Ke arah halimunan, secara literalnya. Pian boleh nampak siluet setiap huruf di papan kekunci ini melalui tangannya.

"Ini mungkin saya saja, tapi saya makin tak nampak awak; boleh see-thru. Pelik sebab saya boleh nampak bangku coklat yang separuhnya dicat merah motif pembalut kit kat itu melalui perut awak. Cantik sangat bangku tu," kata Fara.

Selepas itu Fara sudah tidak availebel, tiada membalas sms mahupun menjawab talipon. Keadaan Pian semakin teruk. Kadang-kadang sudu yang dipegang pun boleh jatuh menembusi tangan.

"Senyum. Kekalkan senyuman. Mohon optimis. Ini tidak akan kekal. Aku akan kembali solid apabila dia perlukan aku nanti. Aku bagi maksimum masa seminggu. Selepas seminggu pasti ada pergaduhan atau trajedi perpisahan pra-matang dengan teman lelaki terbaru dan dia akan perlukan teman untuk mendengar. Pada masa itu akulah kesatria dalam perisai baja berkilatnya," Pian menyedapkan hati.

"Patetik," kata teman-teman serumah.

Sebelum hari keenam, tiada siapa boleh nampak Pian dah.

26 comments:

makwe joni said...

Pian ni sangat mengada

Päk Läng said...

Wah,pian jadi hollow man!

Wadi AR said...

name ayah aku. patot la invi aje

ahmad said...

makwe - ehem

pak lang - ehem

wadi - setiap nama tiada berkaitan dgn yang hidup atau mati. segala kebetulan ialah tidak disengajakan.

eh tapi kau kan wadi ar, aku bajet abdul rahman la

Wadi AR said...

ye, mmg ayah aku name pian. yg ar tu anak raja *tangan didada mate keatas

makwe joni said...

aku terasa macam pernah baca cerita ini lah..

ahmad said...

wadi - wow!! *mulut melopong tangan dua2 terangkat

makwe - di manakah?

mirachantek said...

dulu kecik2 org besar di umah aku tak kasi aku tgk cite hollow man psal ada explicit scenes....

ghost said...

untungnya pian..

ahmad said...

mira - ada ke? tak ingat pun aku

ghost - haha

Penjiwa Jalanan said...

desh

Amalina said...

aku nampak pian.aku ada kuasa psikik nampak benda invisibel.

ahmad said...

untung pian

Amalina said...

pian rugi.akulah yang untung.

ahmad said...

pian untung sbb dia tak nak pun jadi invisibel hehe

Amalina said...

pian nak macam mana?

ahmad said...

pian mahu jadi manusia biasa saja

Amalina said...

pian memang manusia biasa cuma tanpa warna.dia lutsinar.

ahmad said...

pian macam super hero dah, bukan manusia biasa rasanya hehe

Amalina said...

kalau benar dia super hero mengapa dia gunakan invisibelannya untuk mengelinap masuk ke dalam kamar mandi gadis saja?

mulanya aku ingat pian gay.cis!aku tertipu.

ahmad said...

sng saja, pian ialah jejaka berkuasa super yang bermoral

macam mana kau boleh ingat dia gay? konpius aku

Amalina said...

sebab aku sangkakan fara adalah seorang transgender.

ahmad said...

kasihan perempuan yang bernama fara

Amalina said...

oh, maaf fara.

klohv said...

Pian yg pernah aku kenali di alam nyata juga ada ciri2 halimunan.

Kdg2 aku tak nampak dia,walaupun dia ada kat sebelah aku.

Kami berkomunikasi secara telepati selalunya sehingga suatu hari tu aku dah tak dapat detect lagi kehadirannya.

Jadi aku sedikit sebanyak memahami kenapa Fara selalu tidak available lagi utk Pian.

-The Wallflower

ahmad said...

wallflower - penerangan kau ni telah sedikit sebyk menerangkan cerita aku