Oct 17, 2011

menonton drama swasta sewaktu menunggu tren ampang, bukan sri petaling, tapi ternaik tren sri petaling

audiens agak ini adalah satu duel sampai mati antara teman, atau kekasih. premis yang menarik.

mata dia dan mata dia, ditemukan oleh jaringan karan ungu yang berpintal di tengah.

kretis! kretis! kretis!
rasa-rasa macam itu bunyinya karan itu berlaga.

seusai kerlipan pertama, kedua-dua kepala dah terbang, kemudian tergolek layu atas kerikil.

audiens menunduk kepala, hampa. takkan itu saja. tapi kedua-dua jasad, minus kepala, masih belum tumbang. langkah memasing dikerah penuh gesa.

ah menarik! nampaknya yang terlebih dahulu dapat kepala pasti akan merukah podium. dan yang lebih menerujakan, dia dan dia mencapai kepala pada masa yang sama. Ralat antara keduanya dalam desisaat cuma. teraju dikembalikan ke asal, disumbat-sumbat dalam soket leher, serupa gabus pada botol wain.

kesinambungan duel mula menancap kembali. kodachi kemas digenggam, ghairah marak api yang hanya akan terpadam oleh darah lawan - kali ini dijanjikan dalam gerak perlahan.

walaupun begitu, audiens tetap khuatir akan terlepas lagi klimaks pertarungan jadi mereka langsung tidak mengelipkan mata.

tapi dia dan dia hanya berdiri, termangu.

setelah 5 minit babak senyap ala-ala filim jim jarmusch, audiens berdikit-dikit beredar kerana sudah tiada apa boleh ditonton. mereka sedar mereka sudah terlepas lagi kisah cantas-cantas janaan amarah boleh dicoret sebagai tauladan di dindingan jaring sosial yang akan disudahkan dengan istighfar. terlepas Suka beribu.

dia dan dia, dengan kepala berlainan jasad, masih berdiri, pandangan yang lohong semata, tapi semacam sedang memahamkan sesuatu, sehinggalah tiba tren terakhir ke sri petaling.

cut!

11 comments:

mirachantek said...

[reading in class while my lecturer is in front of me, angguk2 seolah faham yang dia katakan. padahal aku baca ini]

ahmad said...

hahahah
dan sempat komen lagi

the wallflower said...

masa menunggu tren mmg waktu paling afdhal menonton drama...

ahmad said...

haha. lagi2 komuter

ahmad said...

ni baru star

Amalina said...

aku nampak ada efek seperti dalam cerita mak lampir.

ahmad said...

oh kenapakah? tak ada aksi pertarungan yang anti graviti rasanya

Amalina said...

sebab efek karen berwarna ungu tu..

ahmad said...

oh haha
betul jugak tu

Unknown said...

kejadian serupa juga pernah jadik kat aku.. hadeh la tren.....

ahmad said...

nub - maksud kau tertukar tren atau ada kejadian tertukar kepala ketika kau menunggu tren