Oct 18, 2011

nonsense yang serupa iklan 'goyang kaki hari-hari duit masuk'

[versi sama dengan zsm, yang berbeza cuma penggunakan huruf kapital]

u tahu, portishead buat i horny, kata bekas teman wanita kepada aku. aku rasa itu yang dia cakap.

kami berdua berbaring (aku di sebelah sini, fon telinga di sebelah kiri gegendang, bekas teman wanita di kanan aku, fon telinga di sebelah kanan gegendangnya) di atas bumbung flet 10 tingkat, trek ke 7 album eponimus portishead. dengan begini bunyinya sepatut tidak lengkap dan meminarkan kepala tapi kerana kami pernah melengkapi satu sama lain maka ia kedengaran perfek sekali.

dalam koleksi diskografi portishead, aku paling suka album debut mereka.

aku terloncat bangun, rasanya punggung digigit kerengga yang memegang sepanduk 'Ignoran' (ada aku beritahu dia sudah kahwin?) sampai terlupa akan fon telinga yang dikongsi. wayar fon tersangkut pada anting-anting chandelier bekas teman wanita dan mencabut telinganya.

plup! begitulah bunyi tercabut yang aku dengar. beth gibbons skala 1:20 terpacul keluar daripada punca itu. beth gibbons serba misterius yang dengan koolnya akan menyalakan rokok dan meloncat ke awan dengan satu loncatan cuma.

awan bertukar warna merah segarang-garang merah. aku kata tengok, awan terbakar tapi bekas teman wanita, sambil menongkat dagu, oh hujan i suka.

sumpah aku nampak awan terbakar, buat apa aku mahu temberang.

23 comments:

mirachantek said...

beth gibbons

ahmad said...

tahu?

mirachantek said...

tahu.

bagi aku dia cool.


soalan luar topik.
adakah kau tahu rivermaya?

ahmad said...

ya dia sgt kool, lagi2 bila tgh merokok. hanya certain org saja yg boleh tampak kool bila merokok

rivermaya tu band philipine kan.

gadis selalu sukakan penyanyinya yang abam kacak dan bersuara jantan
haha

Päk Läng said...

jebon

Wadi AR said...

gua ingat awan nano

mirachantek said...

tadi semalam aku terdengar kembali lagi rivermaya tu.

hence the question.

aku tak suka pun band tu sebenarnya.

ahmad said...

aku lagilah haha
byk lagi band sini yang better

DaRk said...

waa~lama da xsinggah..da ley buat sketch by En.Nasyrun jilid satu da..8D
btw, adakah anda seorg penulis kuga?andai iya, tringin rasa nk ada senaskah tulisan anda..8)

mirachantek said...

kan.

lagipun masa tu aku sibuk ber-gig sana sini.

mana layan band luar sanagt

ahmad said...

hahaha
sygnya mira yg sekarang lebih meminati dance

sob! sob!

ahmad said...

dark - hey lama tak nampak.

penulis kuga itu apakah.

utk beli sebrg bentuk penulisan aku sila ke sini:

http://zinesatumalam.blogspot.com/2011/10/zine-satu-malam-kini-di-pasar-gelap.html

DaRk said...

haha..typo r tu incik..*juga.8p
beli online ke,COD ke,door2door diliveri ke?8D..
dpt autograp skali x?..*AWWAaww..;)

ahmad said...

kalau kau ada di shah alam boleh cod. aku takde stok, semua kau kena berurusan dgn diorang hehe

Amalina said...

aku tak tahu kenapa otak aku mengaitkan penulisan kau ni dengan penulisan mira yang ini : http://mirachantek.blogspot.com/2011/10/high-land.html

ahmad said...

eh betullah, ada persamaan. mungkin influen kami sama, atau aku yang terinfluen dgn dia

Amalina said...

aku rasa kerana mungkin kerana korang pernah melalui satu perasaan yang agak sama pada situasi berbeza.

Amalina said...

aku rasa korang pernah mengalami perasaan yang sama pada situasi berbeza.

ahmad said...

oh mungkin juga

Amalina said...

hahah.aku lupa aku dah rply ke x, meyebabkan aku terreply 2 kali.

ahmad said...

aku ingat kau mahu menekankan stetmen itu

Amalina said...

kalau aku mahu tekankan statement, aku akan gunakan huruf kapital sepertimana kau membezakan versi ini dengan versi zsm.

ahmad said...

sebenarnya aku menggunakan huruf kapital kerana dipaksa oleh pihak berwajib di situ.

aku bukan menaip dalam microsoft word, di mana ada aplikasi untuk besarkan semua permulaan ayat