Oct 3, 2011

magot

kami berdua dan Scott Pilgrim and the World 720p di komputer riba cabuk, pada harijadi ke 30 aku.

"i'll take you for a ride, 
on my garbage truck,
truck truck"

eh ada sesuatu di telinga awak, katanya sambil memetik sesuatu di situ.

ada ulat putih kecil meliang-liuk di antara ibu jari dan jari telunjuknya, dipicit-picit kemudian dipenyekkan.

itu kejadian minggu lepas.

&&

sudah tiga hari aku hanya duduk memeluk kaki di sudut bilik. magot tidak putus-putus dari mulut, hidung, kelopak mata juga anus, beratur keluar sejak tiga hari lepas.

satu persatu magot jatuh menggelitik di atas lantai, bagaikan hujan magot. ada yang aku hanguskan dengan puntung sampoerna hijau, ada yang aku biar merayakan hidup.

kemudian yang keluar itu, daripada magot bertukar pula kepada lalat. entah kenapa dalam bentuk lalat mereka jadi kalut, tidak mahu beratur, tiada erti sabar. hanya butuh terbang bebas, mana tahan bersesak dalam kerangka kosong.

mereka yang di dalam itu mencari rongga yang terdekat, tidak kira sekecil-kecil atau sebesar-besarnya. tiada diskriminasi lubang.

makin lama makin banyak terbang keluar.

lautan lalat yang mengombak telah menyekat sirkulasi udara menyebabkan aku tidak dapat bernafas. aku terkapai-kapai ingin menggepal oksigen di depanku. berdikit-dikit kesedaran aku menjauh. kabur, kabur dan terus gelap.

&&

aku tersedar, macam dah tengah malam.

badan aku kembali normal, lalat dan magot sudah entah ke mana.

ada sesuatu yang mati dalam badan aku minggu lepas.

24 comments:

makwe joni said...

aku rasa ini ngeri dan geli

ahmad said...

hahaha. hakikatnya mmg begitu

makwe joni said...

aku sampai tak tahu nak bagi berapa bintang lantaran kengerian dan kegelian ini.

makhluk2 itu lagi mengerikan dari scene tikam menikam bunuh membunuh sembelih menyembelih

ahmad said...

kau terlalu membayangkan ni sis

venus said...

hati kau yang mati atau apa?

makwe joni said...

eh? aku bayang tak abes lagi ni..sebab ngeri sangat.

ahmad said...

maaf, tiada intensi utk bagi kau perasaan itu

ahmad said...

venus - mungkin juga, tak dapat dipastikan

Päk Läng said...

aku bygkan badan kau spt

pohon2 kayu yg subur

dan aku harap yg mati itu bukan lah

daun2 muda...

ahmad said...

pak lang - haha tak kisah pun. cerita di atas ialah 100% fikshen. aku tu boleh jadi jiman, daud juga deraman

makwe joni said...

pak lang - haha tak kisah pun. cerita di atas ialah 100% fikshen. aku tu boleh jadi jiman, daud juga deraman DAN JUGAK DEGAWAN

ahmad said...

bang jiman, beger spesial satu

makwe joni said...

dia bukan abang. dia baru 25.

ahmad said...

semua penjual beger diwajibkan panggil abang ye

makwe joni said...

tak ye..aku stedi ja panggil dhek...hah, dpt ja beger..

makwe joni said...

ok?

wow!

mirachantek said...

hati yang mati?

mirachantek said...

atau mungkin kau sedut siput sedut yang masih hidup lalu lemas dalam perut kau dan lantas perkara ini terjadi

ahmad said...

mira - tidak semestinya hati

kenapa siput sedut

Päk Läng said...

walaupun cerita di atas ialah 100% fikshen dan 'aku' itu boleh jadi siapa saja

tapi

aku masih berharap yg 'aku' tu tak kematian 'daun muda' nya...

ahmad said...

hehe sama2lah kita doakan ye

ghost said...

sampai tahap tuh sekali.betapa teruknya.

mirachantek said...

aku teringin nak makan gulai siput sedut.

ahmad said...

ghost - haha tu hanyalah eksegerasi

mira - kadar berjaya percubaan aku utk sedut siput sedut boleh dikira dgn jari di satu tangan