Oct 12, 2011

dalam zsm juga. saja diletak sebab nak bagi nampak penuh

Kamu semua kenal si Samad itu? Pasti tidak bukan? Dia tu lah kawan pertama aku.

Aku dan Samad main sama-sama, berkongsi lego dan robot voltron. Kadang-kadang kami berdua macam adik beradik betul, bergaduh bertumbuk sebab dua-dua mahu jadi hero, tiada siapa mahu jadi villen. 

Selalu sangat aku terdengar sayup-sayup esakan ibu, entah kenapa dia menangis. Aku tanya Samad, dia cuma geleng kepala. Agaknya ibu tengah tumbuk bawang, atau matanya masuk habuk. Memang itu alasan klise yang selalu dia bagi, dan kami percayakannya.

Jika dalam mod mahu bermanja, kami akan berlumba siapa lebih pantas sampai atas riba ibu. Bila dapat ke aku Samad nangis, dan begitu juga sebaliknya. Aku hairan mengapa ibu hanya menyepi dengan mata yang mengerling jauh. Kadang kala mukanya kepucatan, bagai disampuk hantu.

Di kelas hanya satu kerusi diwartakan untuk kami berdua. Kami pelik juga walhal ada banyak lagi kerusi kosong tapi kami taklah kisah sangat kerana yang penting kami dapat belajar. Ibu marah kalau kami malas-malas.

Ada masa aku dapat duduk, ada masa Samad. Yang tak dapat duduk, bersila atas lantailah jawabnya. Tiap kali waktu rehat, kami akan dikacau oleh Tengku Irwan kaki berbulu, berjerawat dan bersuara parau dari kelas sebelah, dan konco-konco bingainya. Mereka menganjing kami gila, kami miring, kami mona fendi.

Pulang kami dari sekolah mesti dengan tangis sendu, dengan muka lebam-lebam. Namun hanya seorang yang akan dapat privilej diubat dan dipeluk dikonsol ibu, yang lagi seorang hanya mampu memerhati, derita ditanggung sendiri. Aku tahu sangat perasaan itu, tapi kami faham. Ibu hanya seorang, kami tidak boleh memaksa dia membuat pilihan.

Sewaktu periksa, aku sering bagi Samad tiru jawapan aku. Markah kami? mestilah sama tinggi. Nasib baiklah Teacher Mujahidah tidak mengesyaki apa-apa.

Itu cerita 6 tahun lepas. 6 tahun kami berkawan dan melangkaui labirin kehidupan bersama. 

Hari ini Samad telah mengambil keputusan untuk move on dan menghilangkan diri dari hidup aku. Aku tidak marah, kerana masing-masing sudah besar.

Kata Samad, ini masa yang paling tepat untuk aku pergi Ed, tidak boleh lewat tidak boleh cepat, janji pada aku kau akan belajar hidup sendiri ye.

Dan Samad pun mengabus menjadi siluet dan ghaib begitu saja, bersama keluarganya yang sudah ku anggap semacam famili sendiri. Aku ditinggal berseorangan, menunggu teman lain yang mahukan aku.

Aku perasan ada air mata mengalir ketika aku tumbuk bawang tadi.

n.

Oh lupa nak bagi tajuk. Tajuk benda alah ini ialah : Kronikel Ed, kisah hidup teman imajinari yang sudah berpangkat bekas.

28 comments:

makwe joni said...

tice mujahidah?

wow!

nah +1 satu!
( atas sebab bikin rs perasaan tumbuk bawang )

Päk Läng said...

patutlah ank sedara aku
suka bercakap sorang2
ketika bermain...

rupanya si samad ni lah yg
bercakap dengan dia...hmmm

*tp aku suka (curi) dengar apa
yg mereka bualkan.

ahmad said...

makwe - tribut utk cikgu tadika tak jadi2 hahha

pak lang - kau silap, ed yg bercakap dgn dia bukan samad. samad manusia biasa, ber'ic' dan berjasad

makwe joni said...

ehemm..belum jadi semula ye...
bukan tak jadi

ahmad said...

maka aku akan tunggu

makwe joni said...

aku pun tunggu..hahaha

ahmad said...

jawabnya mmg diurat kontraktor tua lagilah buat masa ni hahahha

makwe joni said...

lepas ni apa apa hal saya akan bawa tunang saya bersama...kah kah kah

ahmad said...

wow! siapakah itu

makwe joni said...

err...errr...
ini rahsia
saya pun tak tahu encik
mungkin nama dia shaiful, mungkin syafiq, mungkin fairul,
ikut mood saya lah saya nak bagi nama dia apa karang
ke keh keh

ahmad said...

aku cadangkan bagi nama najib

makwe joni said...

usul ditolak tanpa bahas

mirachantek said...

dulu, adik aku nama alep, suka ada imaginary friend. lepas tu rupanya hantu yang jadi friend dia tu.
lepas tu tok bomoh dah suruh hantu tu pergi dan tutup siksens adik aku tu.


hebat kan.

imaginary friend lebih menakutkan daripada alter ego

Amalina said...

aku tak sedih baca cerita ni.(tipu)

ahmad said...

mira - pehh sgt horror. adik kau ada bagitau tak camne rupanya

amalina - wow! tak sangka sampai begitu efek cerita aku pada kau

ahmad said...

mira - imajinari fren mmg menakutkan sbb kita tak tau apakah tu betul2 imajinari atau makhluk lain mcm kes adik kau tu

Päk Läng said...

ya EDDIE...!

ahmad said...

eddie vedder pun boleh
hehe

mirachantek said...

ada. aku ingat lagi description dia.

rambut pendek kuning. bermaksud blond la tu.
baju tshirt warna hijau, seluar biru, di dada ada sedikit kemerahan.

bila tanya tok bomoh tu memang betul lah description adik aku tu. hantu tu berupa budak lelaki kecik comel rambut blond.

dan dia suka adik aku dan mahu jadi BFF.

tapi sayangnya mereka daripada alam berbeza jadi tok bomoh sudah halau itu hantu pergi.

horror kan.

kadang2 mak dia suka lepak dalam bilik TV rumah aku dulu.

Amalina said...

hahahahah!

aku terbaca komen mira.

ia mengingatkan aku pada kawan imaginasi adik aku, aizat.aizat pernah ada sebiji belon yang ditiupnya kemudian dia lukis mulut dan mata.dia berikan nama(aku lupa namanya).dia main bersama belon itu, dia mandi bersama belon itu, dia bercakap bersama belon itu, dia tidur bersama belon itu.setelah lebih kurang 4 hari, belon itu mengucup dan layu.

dia sedih.

hahahaha!

Penjiwa Jalanan said...

orang lain punye teman imagjinasi pun ed? ala orang lain lah pulak, kasi Ed tu mati ,

ahmad said...

mira - blond? mat saleh ke? merah kat dada tu darah ye

pehh, mak pun ada sekali? serius seram

amalina - hahahahhah aizat oh aizat. mmg kena bahan ke kau jela dia tu

penjiwa - baiklah, aku akan bagi dia nama jonny pulak. ke kau mahukan perempuan?

mirachantek said...

ye. kisah adik aku ni memang agak menyeramkan. tambah seram bila adik aku yg 1 lg, Caca, berlari keluar drpd bilik tv kerana katanya ada perempuan kat dlm tu duduk kat katil tu

ahmad said...

erk. kau tak pernah jumpa?

mungkinkah rumah yang kau duduk tu berhantu?

mirachantek said...

ye rumah sewa tu mmg berhantu. aku tak penah experience perkara yang menyeramkan sanagt.

adik2 la penah.

dan aku bersyukur tak nampak apa2. takat main2 pintu apalah sangat kan.

ahmad said...

oh dah tak duduk la ye kat situ

sesetengah orang mmg tak diberikan sight itu, maka mmg tak nampak. aku sgt2 bersyukur aku pun tak penah nampak

mirachantek said...

tu rumah masa duk kat pahang dulu.

yeah aku bersyukur aku tak nampak. sbb mmg tak hengen nampak.

Päk Läng said...

pehhh...eddie vedder yg power!