saya beli coklat m&m's bungkusan kuning bersaiz super jambo. dalam satu intervensi alam atau keperluan cerita, coklat m&m's saya itu anti-graviti dan mereka terbang pergi sebaik sahaja saya buka bungkusannya. cepat-cepat saya genggam kemas bahagian yang terbuka, nasib baik masih tinggal banyak. dengan penuh berhati-hati, saya keluarkan satu persatu coklat m&m's saya dan mengikatnya ketat-ketat dengan tali tangsi, dengan ini saya tak perlu risau mereka terbang pergi lagi. kerna teramat ashik dengan perlakuan mengikat itu saya terlupa dah banyak sangat yang saya ikat dan sedikit sangat yang saya makan. coklat m&m's yang bergentayangan di atas kepala telah membawa saya terbang, pergi, mungkin sampai ke puncak pelangi.

11 comments:
ui
mana mau pegi?
kau same mcm aku la suke mkn coklat m&m. aku ketagih. selamat raye bro
anas - ke mana saja m&m's anti-graviti itu bawak aku hehe
wadi - ya! selamat hari raya juga
tinggi ye terbang....
haha
apa orang kata tu? realiti tidak seindah mimpi? hahah
suka kau punya!!
tapi kenapa m&m bukannya skittles?
haa, tulah yang aku cari sbnrnya tapi aku dah lupa. yang aku ingat smarties saja.
aci tak kalau aku tukar
aku takkan lupa, kerana skittles adalah kegemaran aku.
tukar sahaja, ikut kemahuan kau.blog kau.
aku akan fikirkan dulu
nice interpretasion!!
hey, thanks
aku merapu sahaja hehe
Post a Comment