Feb 15, 2012

beth dan kes kehilangan tangan kanan [edited]

Beth sedar dia telah kehilangan tangan kanan semasa menggagau beg hendak membayar sabun buku Fab Sabtu lepas. Pada ketika itu dia hairan kerana walau ke sudut manapun diraba dia masih tak dapat capai beg tangannya, sehinggalah dikhabarkan oleh cashier berpetch hitam di mata kanan yang prihatin. Arr, kata cashier itu sambil membuat gaya cangkuk dengan jari telunjuknya.

Kawan-kawan Beth mengesyorkan khidmat detektif privet Joe Olag. Beth kenal siapa Joe Olag. Speshelitinya ialah kes-kes surreal sebegini. Joe Olag terkenal kerana berjaya menyelesaikan kes Datin Jenny, model kasut yang ditelan bayang-bayang kekasih gelap dan kes otak Nur Madiatul Saadah yang disedut shawl sendiri. Beth dengan sopan menolak. Dia fikir bila lagi. Ini sajalah tikanya dia boleh merasa normal berkot trench bersama fedora berwarna sedondon sambil menjejak petunjuk dengan kanta pembesar sebesar telapak di kota berlumpur yang beriklim panas sepanjang tahun ini.

Beth, 24, bujang, bekerja sebagai kerani walaupun berkelulusan diploma kejuruteraan dari sebuah ipta di selatan semenanjung. Ini kerana sepanjang 3 tahun setengah pengajian Beth sedar dia langsung tidak faham apa yang dipelajarinya. Malah dia sendiri terkejut dapat grad.

Beth yakin tangan kanannya itu takkan ghaib begitu sahaja. Instinknya kuat mengatakan ia pasti tercicir atau tertinggal di mana-mana. Malah dengan berbekalkan premis itulah Beth memulakan penyiasatan.

Ramai Beth tanya; dari abang posmen yang sentiasa mengenyit mata kepada nenek penjual karipap sardin kegemaran. Dari jiran-jiran sehinggalah bekas-bekas teman lelaki. Beth melangkau rakan sepejabat kerana takut dimarahi, lama sangat dah dia mengabaikan tanggungjawab di tempat kerja.

Melata Beth jenguk; setiap inci pevmen yang menjadi laluan dari rumah ke stesen lrt juga setiap sudut asfalt yang menjadi laluan dari stesen lrt ke pejabat.

Sukar berminuskan tangan kanan kepada yang berdominan tangan kanan ni. Oleh itu walau bagaimana pun Beth harus mendapatkannya jua. Malang optimism Beth akhirnya diflush licin tatkala tempoh penyiasatan mencecah hari ke 60 tanpa sebarang klu.

Beth pasrah. Tangannya sudah gatal ingin menekan nombor pejabat panas, gelap dan hapak Joe Olag..

(bulan sudah Beth pergi menemankan Sarah yang jasadnya dicuri pengendap. Siling pejabat Joe Olag hanya berkipas, tiada berlampu. Sumber cahayanya hanyalah daripada lampu meja yang malap manakala kipasnya pula cuma berpusing pada kelajuan amat sederhana (baca : Beth boleh nampak satu persatu bilahnya) walaupun ketiak dah hangit. Sebelum Beth sempat bertanya, Joe Olag sudah menekankan bahawasanya semua itu penting untuk proses penyerapan vibe atmosfera noir - kononnya dia lebih bijak berkeadaan begitu) 

..sebelum matanya tertarik kepada gugusan surat di atas meja. Salah satu sampul bercopkan logo sharikat tempat Beth bekerja. Pasti surat amaran ataupun surat terminasi kerja. Hmm, lepas 2 bulan ponteng baru mereka hantar surat. Lembab.

Beth mengeluarkan kertas di dalam sampul surat itu. Dibacanya juga meskipun kandungannya agak panjang, manalah tahu kan untung-untung dapat pampasan. Beth tergamam. Dia telusuri lagi kandungan surat itu buat kali kedua. Masih sama. Ya, dia tidak bermimpi. Sememangnya dia tidak menerima apa-apa pampasan tapi dia telah memenangi satu percutian tujuh hari enam malam ke Kepulauan Mauritius untuk seorang - hadiah utama cabutan bertuah hari keluarga pejabat minggu lepas, yang seingat Beth tak pun dihadirinya. Misteri gila.

Takkanlah! Beth tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Dia bergegas ke atm terdekat dan memeriksa baki akaunnya. Banyak, mana datang semua ni. Beth membuat kalkulasi ringkas - selepas ditolak baki asal, ada tambahan 2 bulan gaji, siap dengan ot lagi. Tepat sekali jangkaannya! Beth tergelak seorang sambil mengacung lengan kanan yang kudung ke langit. Dia sedar tangan kanannya mungkin tidak akan kembali lagi tapi dia tak kisah pun.

Kes ditutup dengan beriringkan lagu Boku no Migite dendangan kugiran serba-lelaki The Blue Hearts yang dicoverkan oleh kugiran serba-perempuan Paran Maum.

Boku no migite wo shirimasen ka? Besar kemungkinan di pejabat, sedang menyiapkan kerja-kerja anda.

35 comments:

Wadi AR said...

panjangnyee. tgh bace ni

ahmad said...

haha wadihah pasti yang pertama

Päk Läng said...

esok lah aku baca, komen dulu

ghost said...

aku berharap beth hanya penasaran sampai ke sudah.takpun kena gilis dengan steamroll.

makwe joni said...

Beth ini boleh jadi ikon sistem pendidikan negara

#merujuk kepada perengggan ke3#

Amalina said...

aku tak suka bau sabun fab walaupun sekarang dah keluar perisa lavender.

ahmad said...

paklang - baru panjang sikit je dah gerun haha

ophan - err kenapakah

makwe - rujuk kepada aku juga haha

amalina - eh ada lavender? tak tahu
apa khabar kamu dan kerja baru?

mirachantek said...

karipap sardin. adakah ianya sedap?
tak pernah makan.

± said...

beth dapat pampasan dari sharikat tapi mungkin hilang ingatan tentang kehilangan tgn kanan.. huehuehue

jmuvi linda linda linda sgt comel

ahmad said...

mira - sedap selagi makcik penjual tu tak melebihkan bawang daripada sardin hehe

dark - sebenarnya tiada pampasan apa pun. tangan kanan beth yang pergi kerja selama dua bulan ni dan dia juga yang pergi family day dan memenangkan hadiah tersebut

oh kau tahu ye muvi tu haha

makwe joni said...

yah.sesungguhnya tatkala aku membaca perenggan ke 3 itu, aku merasakan ..............






oh













sesungguhnya Beth perenggan ketiga adalah bersepah

ahmad said...

masih cerita perenggan ketiga nampaknya haha

makwe joni said...

sebab paling terasa dia punya kebenaran...kahkahkah

ahmad said...

samalah kita haha

makwe joni said...

semoga percutian seorang Beth dapat mengubah seorang Beth

ahmad said...

oh
serius semasa aku buat ni aku tak perasan kaitan antara percutian, pulau dan kau

hahaha

makwe joni said...

kah kah kah

memang tidak berkait jon
tidak

ahmad said...

betul tu
mmg tak berkait pun

hahaha

makwe joni said...

@_@

mohon cakap tidak berpusing

Päk Läng said...

aku harap aku ada tgn kanan yg rajin mcm tgn beth...biar lah aku bercuti ke mana2 pulau dan tgn tu pergi kerja

ahmad said...

kita mmg suka berharap
haha

Päk Läng said...

aku harap yg kita akan dapat berharap untuk terus berharap

rhm slzr said...

hilang tangan kanan.
dapat pampasan.

boku no migite.

ahmad said...

pampasannya ialah tangan kanan itu pergi bekerja untuk beth

haha

rhm slzr said...

radiohead
the stone roses
metallica
placebo

tapi aku tak mampu bagi.aku mampu jual je, sebab bukan aku punya.

hahahah

ghost said...

kadang2 pembaca macam aku suka berimajinasi sendiri dan membawa citer tuh ikut haluan aku.jadi kalau aku ditanya kenapa aku akan jawab ; dah memang begitu.

ahmad said...

cik ketam - aku rasa mu salah tempat reply ni haha

stone roses pun ada? nais

ophan - oh baguslah kerana itu juga antara sebab aku buat cerita yang agak ambiguous(macam tu rasanya ejaannya)

klohv said...

harituh aku dah baca entri ni sehingga habis dalam satu hela nafas saja sebab aku percaya dengan tahap konsentrasi aku yg mantap.

namun,apabila aku mahu mengkomen entri ini pada hari ini aku sudah lupa apa yg aku baca.

nampaknya aku nyer attention span ni semakin terancam seiring peredaran galaksi.hiks.

ahmad said...

clove - aku bershukur mu tak pengsan haha

peredaran galaksi aku berkadar langsung dengan lelemak di perut yang semakin berhubung dan rerambut yang semakin tidak berhubung dgn kepala

klohv said...

3-series dah ke? haha

ahmad said...

hahaha
anda tahu jawapannya

mentega^^terbang said...

shirimasen Yōshi ~

ahmad said...

behel bernama sekerat2 - err apa maksudnya tu? walaupun aku pernah belajar jepun masa sekolah dulu, sekarang sudah zero. boku no migite wo shirimasen ka tu lirik lagu haha

mentega^^terbang said...

nasyrun berkuasa tiga - Boku no migite wo shirimasen ka maksudnya "Have you seen my right hand?" (tau itu lirik lagu)

dan Shirimasen Yōshi maknanya "No, i don't my adopted son" :p

aku pun dah lama tak bernihongo ni..

ahmad said...

oh haha. terima kasih
entah kenapa aku terbyg yoshi macam nama dinosor dalam satu anime/game