Feb 15, 2012

masukkan tajuk yang dirasakan sesuai

ujar seorang pertapa tua bijaksana yang tinggal di brickfields, kita semua dilahirkan dengan berpisau di tangan.

besar atau kecil pisau tidak menjadi ukuran kerana sakit dicucuknya tetap sama pedih. ada yang tidak kisah berpisau begitu (mind you pisau itu berkeadaan permenen di tangan kita sehingga ajal, tidak boleh dibuang atau ditukar hak milik) namun ramai lagi yang bersembunyi di sebalik kostum hipo tersenyum ataupun ayam kampung atletik, termasuklah kau. malanglah kerana kita selalu terlupa pisau juga boleh dijagel ataupun disasarkan kepada seorang sukarelawan yang terikat pada roda berpusing dalam pertunjukan sarkis.

dan untuk dijadikan cerita, disebabkan oleh satu keputusan yang salah, pisau kau sekarang sudah tercacak pada belakangnya. dia masih mengaduh perit, kau pula masih terpinga. kau tidak tahu apa harus dibuat.

mencabut pisau tidak pernah menjadi remedi yang didoakan; solushen yang pasti menjurus celaka. selalu juga kau berharap dalam kes2 terpencil, ada luka yang memuntahkan pelangi (yang sentiasa menceriakan, walaupun tidak boleh ditunjuk dengan jari) ataupun debu pixie (yang dapat buat kau dan dia terbang bersama ke neverland) namun secara statistiknya itu tidak pernah terjadi. ya, kau menganggap kebolehpercayaan statistik sekali jalan dengan keyakinan pada kalendar mayan tetapi dalam perihal yang tersebut kau tiada pilihan lain kerana ini sajalah yang boleh dijadikan perbandingan.

namun jika dibiarkan sahaja pisau itu terpacak, dibawanya tidur juga ke tandas, infeksi luka akan pantas sahaja merebak (bergantung kepada kekerapan penggunaan pisau, yang seingat kau lebih sedikit saja dari moderet. malang dalam situasi ini tahap 'moderet' tergolong dalam kategori kritikal) dan pantas saja akan menggagalkan fungsi organ2 penting. kau tidak mahu membayangkan apa akan terjadi selepas itu kerana sama ada dia atau orang lain percaya atau tidak, pada hakikatnya kau betul2 ambil berat akan dia.

kau sedar niat yang betul tidak pernah membetulkan keputusan yang salah (yang pada masa tekad itu dibuat, kau betul2 yakin ia keputusan tertepat).

kau mengambil keputusan untuk mencabut pisau itu...

16 comments:

Päk Läng said...

'pisau-pisau kecurangan'

oh ya lupa...pehhh!

makwe joni said...

nah! +1

Amalina said...

aku ambil keputusan untuk cabutkan pisau itu dan tukarkan dengan kapak.

penat hidup woi!

ahmad said...

pak lang - fuhh macam tajuk lagu kumpulan radja

makwe - gigih menambah satu kan mu ni

amalina - HAHAHA

makwe joni said...

3 perenggan terakhir buat aku ulang baca duatiga kali, makanya aku bagi +1


hahahaha

ahmad said...

yeah

makwe joni said...

3 perenggan terakhir tu macam dah buleh bikin shortfilm

ahmad said...

short film tu Amal punya geng dah
hahah

makwe joni said...

hahaha...
sama lah tu
kau dan amal kira sekelompok manusia yang namanya retis kan?

ahmad said...

nampaknya mu sudah lupa mortar dan pestel tu keluar bila

makwe joni said...

kaitan apanya antara bila keluarnya buku batu lesung itu dan komen hal keretisan kau?

ahmad said...

fikir2kanlah

Anonymous said...

lepas tu apa jadi? dia bleeding sampai habis nyawa?

saspen. ish ish

Päk Läng said...

ada ka lagu radja mcm tu?
err...sebenarnya apa fungsi +1 tu?

ahmad said...

ceritanya mmg habis begitu, silalah masukkan ending yang kamu rasakan sesuai haha

ahmad said...

paklang - entah aku main tibai je haha.

+1 tu macam like dalam fesbuk la