nama dia bob. bob seorang jejaka deliveri piza. bob ialah pemunya bangga sebuah motor c70 lampu petak berbrek jet. pishh pishh, bunyi brek jet motor bob.
**
seseorang itu akan terlalu banyak berfikir apabila berseorangan pada pukul 3 pagi, itu kata seorang watak dalam salah satu cerpen murakami yang baru saja aku baca semalam. aku agak sebab itulah tempoh hari insomnia ada berpesan kepada scotty supaya mengharpun bulan pada 15 safar. kalau ikut kalendar kuda hari ni dah 15 safar.
lintar saling berpencak dan guntur menggempar serapah. di kemuncak bangunan komtar, scotty sedang mengasah bilah harpunnya. ikan kod gergasi aka begej ekses tanpa signifikan yang dikendongnya saban hari sudah entah ke mana. aku pula hanya bersila beberapa meter di belakang sambil santap beger prosperiti kapitalis kegemaran. scotty membuka bicara dengan fakta harpunnya itu diperbuat daripada tulang belakang poseidon. sambil mengelap sos lada hitam yang menceroboh misai aku tanya mana dia dapat. scotty hanya menjawab dengan meletakkan jari telunjuk pada bibir. ok aku faham, dia perlukan konsentrasi. aku tanya pula mana dia simpan, sebelum ni aku tak pernah nampak pun walhal kami fletmet. kali ini scotty menjawab dengan satu renungan ominus. aku capai gelas plastik berinsignia ikonik - propaganda huruf m berwarna merah yang berisi teh hijau ais. dah habis pula.
perhatianku tiba2 teralih pada ketawa quasi-satanik scotty yang langsung menyenyapkan tempik guntur. rupa2nya harpun hikmat sudah pun merodok bulan. boleh sampai rupanya, aku fikir tadi talinya tak cukup panjang. dengan rakus scott menarik tali, mahu menggapai rembulan yang kejauhan. setiap rentapan scotty buat perut aku rasa macam nak terburai. perut aku tidaklah pernah terburai sebelum ni namun aku jamin sakitnya pasti sebegini. esoknya dalam wad baru aku dapat tahu konsumsi maniakal beger prosperiti telah meletupkan apendiksku. aku tak jumpa scotty lagi selepas malam itu.
**
pishh pishh, bunyi brek jet motor bob. hampir2 sahaja dia melenyek rakun. bob sedang membuat deliveri ke puncak alam. gelap semacam malam ini, fikir bob sambil mendongak ke langit. walaupun bulan artifishel (konspirasis kata ia artifishel, bob tak percaya) mengambang penuh.
16 comments:
hmm jangan makan prosperiti berger kapitalis bila lemak di perut tak mampu menahan serangan bebola itam yang menerajang apendiks untuk keluar...
sekian pesanan penaja mak angkat behel :D
scott2...
terima kasih atas pesanan itu bibik behel
khry hnry - maka lain kali silalah jgnlah tidur lambat2 haha
rakun ?
kasihan.
kasihan rakun atau kasihan bob
aku harap tak ada lah
dikalangan rakan-rakan yang
hisap gam lantas menarik bulan
pak lang - harapnya juga.
pak lang, adakah kau sedar ketiadaan bulan pasti akan menimbulkan kemarahan mereka yang sedang bercinta pada velentain ini kerana sudah tiada benda untuk dimadah hahah
ya...sudah tentu...tak kan lah
mahu madahkan si pungguk cuma
atau pakcik jaga yg mengawal di tesco dikala dinihari...kan?
isk isk isk, betul tu
Haruki Murakami, Harper Lee.
(;
err
err
ok aku akan pergi malu sekarang
Heheh. Scott and bob dalam 'to kill a mockingbird'. Tak sedar haruki tertaip sekali kat ruang komen. Must have been delusional masa tu.
serius? aku tak pernah baca to kill a mockingbird
tapi ini ialah satu kebetulan yg menarik
scott tu dari scott's emulsion, itu yang kendong ikan kod gergasi kat belakang
bob tu rendem saja
Hebat (: atticus sorang lagi watak utama- si bapa. And nama watak utama scout dan boo (bukan scott and bob pun, hehe). Go read it. It's an interesting book I must say. One has to find it for himself.
Seriously memang delusional waktu taip komen pertama tu. Kah kah.
insya allah :)
haha delusional. bercerita perihal murakami, aku ingin berlagak dengan mengatakan aku ada IQ84 haha
Post a Comment